Monday 16 December 2013

CUTI SEKOLAH DAH NAK HABISSSS....

Salam sejahtera utk anak murid semua....

Entry atas tu macam tak best je kan... memang pun cuti sekolah dah nak sampai ke penghujungnya.. Semoga anak murid semua bersedia ye untuk memasuki sesi persekolahan yang baru.. Kepada anak murid tingkatan 1 dan pelajar baru diucapkan selamat dating ke SMK Cyberjaya.

Kepada pelajar yang lain pula, semoga anda semua telah mempunyai azam baru untuk tahun 2014, semoga kita semua menjadi lebih cemerlang pada tahun hadapan.  Semoga lebih baik dari tahun ini.

Kepada pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 yang akan menghadapi peperiksaan pula, diharap bersedia menempuh peperiksaan.  Jangan leka lagi kerana ini penentu masa hadapan anda semua.

Jumpa lagi ...

KEPUTUSAN PMR 2013

Salam sayang....

Seronoknyer cuti sekolah kan.. kepada anak murid tingkatan 3 cikgu tahun ni, hari khamis ini merupakan hari keputusan PMR dikeluarkan... Tentu tak sabra nak tahu kan ... cemerlangkah.. ok kah.. terukkah...

Sama-samalah kita nantikan ye.. biasanya keputusan keluar lebih kurang jam 10.00 pagi... Jadi, jom dating sekolah khamis ini untuk sama-sama mengetahui keputusan pmr anda semua... Semoga anak murid semua mendapat keputusan cemerlang ye...

Jumpa nanti ...

ORIENTASI TINGKATAN 1 SESI 2014

Salam sejahtera dan salam cuti-cuti Malaysia....

Kepada semua anak murid yang bakal naik ke tingkatan 1 di SMK Cyberjaya, HARI ORIENTASI  akan diadakan seperti ketetapan  berikut :

Tarikh : 30 Disember 2013 (Isnin)
Tempat : SMK Cyberjaya
Masa : 8.00 pagi

Sehubungan itu, ibubapa / penjaga murid tingkatan 1 dijemput hadir untuk bersama-sama mengikuti program di atas.

ATURCARA MAJLIS :
8.00  pg -     Pendaftaran
8.30 pg -      Ucapan aluan pengetua
8.45 pg -      TAKLIMAT :
1.  Taklimat PBS
2.  Taklimat VLE PROG
3. Taklimat Disiplin
11.00 - 12.00 tgh - S,ot SARANA PIBG
12.00 tgh             - Bersurai

Murid-murid tingkatan 1 mestilah memakai pakaian seragam sekolah lengkap pada hari tersebut.

Sekian untuk makluman.

Tuesday 19 November 2013

RALAT : TARIKH SEBENAR KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013


Terdapat ralat dalam surat yang diterima oleh pihak sekolah.  Tarikh sebenar adalah pada 21 dan 22 Disember 2013 (Bukan November)..Masa dan tempat masih sama. Harap maklum

Thursday 14 November 2013

SELAMAT BERCUTI SEKOLAH.... GOODBYE TAHUN 2013

Salam sejahtera,

Kepada semua anak murid yang disayangi, hari ini 15 November 2013 (Jumaat) merupakan hari terakhir persekolahan.  Hari yang amat dinanti-nantikan oleh semua orang setelah berpenat lelah bersekolah sepanjang tahun 2013.  Banyak kenangan pahit dan manis sepanjang kita bersama di sekolah.

Semoga cuti sekolah ini akan dimanfaatkan sepenuhnya.  Sila jaga diri anda, jaga kesihatan.  Jangan lakukan perkara yang boleh merosakkan diri anda.  Pastikan anda penuhi masa cuti ini dengan perkara berfaedah. 

Akhir kata, selamat bercuti.  Kepada yang akan menduduki peperiksaan PBSPMR, SPM dan STPM, diharap dapat mengulangkaji pelajaran sebagai persiapan awal untuk tahun tahun.

JUMPA ANDA LAGI DI TAHUN HADAPAN..

SALAM KASIH SAYANG DARI KAMI, CIKGU-CIKGU SMK CYBERJAYA....

KARNIVAL PENDIDIKAN MARA 2013

Salam sejahtera,

Semua pelajar tingkatan 5 dan 6 dan juga bekas pelajar SMK Cyberjaya digalakkan untuk hadir ke Karnival Pendidikan Kerjaya Mara 2013.

Berikut adalah butiran berkenaan karnival tersebut :
Tarikh : 21 dan 22 Nov 2013
Tempat : Menara MARA Jln Raja Laut, Kuala Lumpur
Masa    :  10 pagi - 6.00 petang

Objektif :
- Memberi pendedahan tentang peluang pendidikan yang disediakan MARA, IPTA dan IPTS untuk lepasan SPM, STPM dan diploma.

Pengisian program :
1. Pendidikan
2. Kerjaya
3. Keusahawan dan Inovasi

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.  Jemput datang beramai-ramai....

Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI LAHIR...

Diucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada semua murid dan guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mei ini.

Semoga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda...

SAYANGGGG ANDA SEMUA...

PROGRAM CEKAP / JIMAT TENAGA 1 MALAYSIA 2013

Majlis Pelancaran Program Cekap/Jimat Tenaga 1 Malaysia 2013 telah diadakan pada 7 Mei yang lalu di dewan SMK Cyberjaya pada jam 12.30 tengahari.

Objektif program ini dilaksanakan ialah :
1. Mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni iaitu sikap berjimat cermat.
2. Menggalakkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid di sekolah seperti menutup lampu / pili air yang terbuka apabila tidak digunakan serta menerapkan nilai menggunakan tenaga elektirik dan air secara minimum.
3. Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku warga sekolah dalam kehidupan seharian.

Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ialah :
1. Majlis Pelancaran dan Penutupan
2. Pelantikan AJK Tertinggi Program
3. Pertandingan Cekap Tenaga antara kelas mingguan.
4. Anugerah Kelas Cekap Tenaga Bulanan
5. 'Earth Hour' 8.00 - 9.00 pagi
6. Pertandingan Melukis Poster
7. Sudut Info Buletin (kelas)
8. Buletin mingguan
5 Minit Cekap Tenaga

Semoga pelajar memberikan kerjasama untuk bersama-sama menjimatkan tenaga air dan elektrik.

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6

Pelajar baru tingkatan 6 bawah telah melapor diri pada 8 Mei yang lalu sebagai pelajar pra U di sekolah kita.  Maka bermulalah MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6 bermula pada 8 Mei sehingga 21 Mei ini.  Diucapkan selamat datang kepada pelajar semua.  Semoga anda akan terus cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal ditempuhi tahun hadapan.

Sistem baru STPM yang diperkenalkan tahun lalu iaitu SISTEM MODULAR sebenarnya memberikan kelebihan kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti.  Sila layari website Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk butiran lanjut.

SEMOGA ANDA TERUS CEMERLANG... JUMPA ANDA DI PUNCAK JAYA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN..

Exam... oh.. exam...

Minggu ini merupakan minggu kedua PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN bagi tingkatan 4 & 5.  Manakala pelajar tingkatan 1 - 3, peperiksaan anda bermula pada minggu ini.  Semua peperiksaan akan berakhir pada 23 Mei ini sebelum kita semua akan bercuti sekolah pada 25 Mei ini selama 2 minggu. 

Semoga pelajar tekun membuat ulangkaji pelajaran.  Pastikan anda menjawab dengan tenang.  Cikgu doakan agar anda semua mendapat markah peperiksaan lebih baik dari Ujian Mac yang lalu.

SEMOGA BERJAYA

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2013

Ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia terutama guru-guru di SMK Cyberjaya.. Semoga guru-guru semua sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan anak didik bangsa kita. Semoga hasil usaha kita semua akan diberkati olehNya... amin..

Hayatilah sajak ini khas buat pendidik bergelar GURU :

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Saturday 30 March 2013

PETRONAS SCLORSHIP 2013

Kepada yang berminat untuk mendapatkan BIASISWA PETRONAS, sila layari www.petronas.com

IKLAN KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN DAN DIPLOMA...

Iklan Kemasukan bagi Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA
SUMBER : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

PROGRAM DIPLOMA LANJUTAN DAN DIPLOMA....


Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA


Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Lanjutan & Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Klik di sini untuk melihat iklan permohonan.




Iklan Kemasukan bagi Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA


Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA


Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Lanjutan & Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Klik di sini untuk melihat iklan permohonan.




Iklan Kemasukan bagi Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA




Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA


Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Lanjutan & Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Klik di sini untuk melihat iklan permohonan.




Iklan Kemasukan bagi Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA

Permohonan ke Program Diploma Lanjutan & Diploma bagi lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia, Institut Kemahiran Tinggi PERDA

Lulusan Diploma Politeknik KPT, Sijil Politeknik KPT, Kolej Komuniti, Matrikulasi KPM, Institut Pertanian Malaysia dan Institut Kemahiran Tinggi PERDA dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Lanjutan & Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Klik di sini untuk melihat iklan permohonan.

SUMBER : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

KEMASUKAN KE POLITEKNIK PREMIER, KONVENSIONAL & METrO bagi LULUSAN SPM


Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier, Konvensional & METrO bagi Lulusan SPM
Warganegara Malaysia Lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipelawa untuk memohon kemasukan ke program pengajian peringkat Diploma Sesi Akademik 2013 di Politeknik KPT. Sila layari http://upu.mohe.gov.my atau baca iklan permohonan di sini.

SUMBER : http://www.politeknik.edu.my/portalbpp/index.asp

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014

Pengumuman Terkini

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)                
2.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
2.1    Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
DAN
Lulus Imtihan Qabul (IQ)
Borang Permohonan Pengajian Islam di Univerti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013-i boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)              
2.2    Pengajian Qiraat
Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
Borang Permohonan Pengajian Islam (Qiraat) di Universiti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)          
3.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
1.2       Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN
memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)               
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1    Pengajian Islam        
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
Borang Permohonan Pengajian Maghribi BORANG KPT/MAGHRIBI/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)            
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat) di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud

SUMBER : http://www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/1536-permohonan-mengikuti-pengajian-di-institusi-pengajian-tinggi-di-timur-tengah-bagi-sesi-2013-2014.html

PENTING - SILA BACA

Pengumuman Terkini

Makluman : Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M)

Kementerian Pengajian Tinggi telah dimaklumkan terdapat satu laman web yang mendakwa menyediakan satu skim biasiswa yang diberi nama Bantuan Biasiswa Pengajian 1Malaysia (BP1M). Laman web tersebut adalah:
http://www.step2rich.net/iklan2u-view.asp?i=1603&u=freeedu1msia&t=PAKEJ-BIASISWA-1MALAYSIA-sambung-belajar-peringkat-DIPLOMA-PERCUMA-
Sehubungan itu, Kementerian ingin menegaskan bahawa skim tersebut tidak pernah diwujudkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar dan ibu bapa adalah dinasihatkan untuk tidak terpengaruh dengan skim yang ditawarkan tersebut.

SUMBER : http://www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/1538-makluman-bantuan-biasiswa-pengajian-1malaysia-bp1m.html

BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2013

Tawaran Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2013 Yayasan Tunku Abdul Rahman, sila layari www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/1499-tawaran-biasiswa-tunku-abdul-rahman-2013-2013.html

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)

Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M)
 
Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) adalah sebuah skim berunsurkan dana 'top up' kepada dana atau biasiswa sedia ada yang akan memanfaatkan golongan pelajar rakyat Malaysia. Skim ini diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan tambahan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang layak untuk meneruskan ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana yang berkualiti di universiti tempatan dan luar negara. Skim ini telah dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak pada 6 Februari 2013.

Permohonan dibuka mulai 18 Mac 2013 untuk pengajian di IPTA dan mulai Jun 2013 untuk IPT luar negara.  Untuk keterangan lanjut, layari www.penerajuedu.com

Tuesday 19 March 2013

DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIA LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2013/2014

Sambungan dari update sebelum ini....

KRITERIA PEMILIHAN :
1. Pencapaian akademik dalam SPM / Setaraf.
2. Pencapaian aktiviti kokurikulum.
3. Kombinasi mata pelajaran yang dimiliki bersesuaian dengan program pengajian dipohon.
4. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
5. Lulus temuduga / ujian kelayakan yang ditetapkan oleh IPTA/Politeknik Premier bagi program pengajian yang memerlukan temuduga
6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut Keutamaan
7. Memenuhi syarat khas program pengajian seperti yang ditetapkan oleh sesebuah IPTA/ Politeknik Premier
8. Bilangan tempat yang disediakan oleh IPTA / Politeknik Premier.

DASAR PENENTUAN ALIRAN :
- Permohonan dibahagikan kepada dua aliran iaitu :
(a) Aliran Sains
(b) Aliran Sasteraa

- Kaedah penentuan aliran bagi semua calon iaitu dengan mengguna pakai 4 daripada 5 mata pelajaran utama berikut :

(a) Aliran Sains :
Penentuan aliran bagi sains ialah calon  

DASAR DAN PROSEDUR PEMILIHAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF S4SI AKADEMIK 2013/2013

Kepada semua calon SPM 2012 dan setaraf, sila baca perkara berikut :

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi menyelaras permohonan, pemprosesan dan pemilihan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf di semua IPTA dan Politeknik Premier bagi Ambilan Jun.

Kaedah Permohonan :
- Pemohon Lepasan SPM/Setaraf diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier melalui Aplikasi Dalam Talian(Online application) sahaja.

Syarat Permohonan :
i. Warganegara Malaysia yang ada No. Kp/My Kad Sahaja.
ii. Mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dalam peperiksaan SPM.
iii. Hanya SATU (1) permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pemohon.

Program Pengajian untuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera :
- Semua program di UiTM, Program Asasi di UIAM, Program Asasi Sains UM, Program Asasi UNIMAS dan Program Asasi UMS terbuka kepada Bumiputera sahaja.

- Semua Program Asasi iaitu Program Pengajian Islam (UM), Program di UPM, USIM, UPNM, UKM dan Diploma di UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP, UniSZA dan Politeknik Premier terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.

Kategori Pemohon :
1. Kategori A - Pemohon menggunakan SPM 2O12
2. Kategori B - Pemohon lepasan SPM tahun 2011 atau 2010
3. Kategori C - Pemohon lepasan SPM tahun 2009 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA/ Politeknik Premier
4. Kategori D - Pemohon menggunakan keputusan :
                           - SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2011 ATAU,
                           - SPM 2010 dengan sijil ulangan SPM 2012 ATAU,
                           - SPM 2011 dengan sijil ulangan SPM 2012.

Syarat Pemilihan Program :
- Setiap pemohon dibenarkan memilih LAPAN (8) pilihan program pengajian.  Pelajar perlu memilih sekurang-kurangnya EMPAT (4) program pengajian yang berlainan.

Program Pengajian Yang Ada Temuduga ;
- Temuduga / ujian kelayakan dibenarkan hanya untuk program pengajian tertentu yang berasaskan kebolehan / bakat / penguasaan bahasa.  Panggilan untuk temuduga adalah bagi PILIHAN 1 HINGGA 4 SAHAJA.  Suraat panggilan temuduga secara online akan dikeluarkan oleh IPTA/ Politeknik Premier melalui laman web masing-masing.

Tunggu sambungan di update seterusnya....

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2012

Salam sejahtera...

Pada hari esok, 21 Mac 2013 akan diumumkan keputusan peperiksaan SPM bagi tahun 2012.  Kepada semua pelajar SPM tahun 2012, datanglah beramai-ramai ke dewan sekolah esok bagi mendapatkan keputusan anda.  Semoga anda mendapat keputusan yang cemerlang...

JUMPA ANDA DI PUNCAK JAYA!!!

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN STPM 2012

Salam sejahtera,

Pada hari Isnin yang lalu, keputusan STPM bagi tahun 2012 telah diumumkan.  SMK Cyberjaya berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang bagi daerah Sepang.  Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya dan sila merancang masa depan anda dari sekarang. 

Kepada yang mendapat keputusan kurang memuaskan, jangan putus asa.  Masih ada ruang dan peluang untuk anda untuk ke puncak jaya!!!!

Sunday 3 March 2013

PEMOHONAN LEPASAN SIJIL POLITEKNIK

Salam sejahtera,

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.
Sumber : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

IKLAN PERMOHONAN KE ITPA & POLITEKNIK PREMIER SESI AKADEMIK 2013/2014



PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA/POLITEKNIK/ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014

7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


Sumber : Laman Web Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

SISTEM PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR (IPT)

 
Permohonan Kemasukan ke IPTA
 
Permohonan kemasukan ke IPTA melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seperti berikut :-
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM) **Ambilan Sendiri
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Premier
Permohonan kemasukan ke program pengajian di Politeknik Premier bagi Lulusan SPM adalah melalui Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar bersekali dengan permohonan IPTA.Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Premier melibatkan 3 Politeknik iaitu :-
  • Politeknik Ungku Omar (PUO)
  • Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
  • Politeknik Ibrahim Sultan (PIS)
Permohonan Kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO & ILKA
Permohonan kemasukan ke Institusi Latihan Teknikal & Vokasional (TEVT) & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melibatkan agensi-agensi berikut :-
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS)
  • Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  • Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
  • Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  • Institut Teknikal Jepun - Malaysia (JMTI)
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
CIAST, JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
  • POLITEKNIK
  • KOLEJ KOMUNITI
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
KEMENTERIAN PERTANIAN & IND1USTRI ASAS TANI
  • Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)


Sumber : https://online.mohe.gov.my/upu/onlineupu

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 2, 5 & 6

Salam sejahtera,

Pada minggu lepas telah dijalankan PROGRAM MAJU DIRI (PMD) untuk pelajar tingkatan 2, 5 dan 6. Untuk pelajar tingkatan 5 & 6, program PMD telah dijalankan pada hari Khamis 28 Mac yang lalu di dewan bermula jam 8.00 pagi hingga jam 10.50 pagi.  Pihak The Hub Learning Asia telah sudi datang untuk berkongsi tentang program 'Memory Mania' untuk satu sistem bagaimana pelajar dapat mengingat dengan berkesan. 

Seterusnya, program PMD tingkatan 2 pula telah dijalankan pada hari Jumaat lepas (1 mac) pada jam 7.45 pagi hingga 9.25 pagi.  Peserta program telah didedahkan dengan Teknik Belajar Berkesan dan juga slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK).  Kesemua peserta telah memberikan kerjasama yang baik dan program dapat berjalan dengan lancar.

Terima kasih kepada semua peserta dan semoga program ini dapat memberikan faedah kepada semua peserta. 

Tuesday 29 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE 9 - 'JOM MASUK U' TAHUN 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2013 telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 25 - 27 Januari yang lalu. Pelbagai program telah diadakan sempena karnival tersebut.  Pelajar juga diberi pendedahan tentang panduan mengemuka- kan PERMOHONAN DAN PEMILIHAN PROGRAM.

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diketahui oleh para pelajar :
- Terdapat 20 IPTA di seluruh negara yang dibahagikan kepada 3 kategori :
a. UNIVERSITI PENYELIDIKAN (APEC) iaitu UM, UKM, UPM dan USM
b. UNIVERSITI KOMPREHENSIF iaitu UTM, UMS, UIAM, UNIMAS
c. UNIVERSITI BERFOKUS iaitu UUM, USIM, UPSI, UMT, UMP, UPNM, UTeM, UniMAP, UniSZA, UTHM, UMT, UMK

- Untuk program Ijazah, MUET diperlukan sekurang-kurangnya Tahap 1 namun ia berbeza mengikut keperluan kursus yang kompetetif iaitu perubatan, pergigian dan farmasi yang memerlukan sekurang-kurangnya Tahap 3 (MUET) manakala kursus Undang-undang dan TESL mesti mencapai Tahap 4.

- RU (Research University) diberi autonomi untuk meletakkan syarat dan kuota kemasukan seperti di Universiti Malaya semua program perlu melalui temuduga.

- Murid di aliran sains yang kredit dalam 4 mata pelajaran aliaran tersebut tidak boleh memohon program di aliran sastera begitu juga sebaliknya kecuali jika tidak kredit mata pelajaran tersebut (Math, Add math, Fizik, Kimia dan Biologi)

- Calon A-Level atau Diploma tidak boleh memohon program kompetetif iaitu Pergigian, Perubatan dan Farmasi

Tuesday 22 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) "JOM MASUK U" TAHUN 2013 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam sejahtera,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2013.  Berikut adalah butiran serta aktiviti bagi karnival tersebut :

Tarikh   : 26 - 27 Januari 2013 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Universiti Malaya Kuala Lumpur

Aktiviti Utama :
1. Pameran 1Dream2U
2. Pertandingan Peringkat Sekolah

Kepada pelajar yang berminat, anda boleh terus pergi ke Karnival tersebut.  Harap maklum

Sunday 20 January 2013

PENDAFTARAN DI KOLEJ VOKASIONAL/SMK TEKNIK

Salam sejahtera,

Hari ini merupakan pendaftaran bagi pelajar tingkatan 4 yang berjaya melayakkan diri di Kolej vokasional / SMK Teknik. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!!! Teruskan usaha anda supaya memperoleh kecemerlangan pada masa hadapan.  Belajar rajin-rajin dan biasakan diri tinggal di asrama.  Inilah masanya untuk anda belajar berdikari, jauh dari keluarga.

Selamat maju jaya... Jumpa anda di puncak jaya!!!

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100.00 TAHUN 2013

Salam hormat,

Esok merupakan hari pemberian BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 kepada setiap pelajar sebanyak RM 100.00 seorang.  Ibubapa / penjaga diminta hadir pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di dewan SMK Cyberjaya.

Harap maklum.

Sunday 6 January 2013

KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK SESI AKADEMIK 2013/2014

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF PERINGKAT DIPLOMA DAN PROGRAM ASASI SESI AKADEMIK 2013/2014

Semua kelayakan SPM/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier berdasarkan kelayakan dan minat calon dengan membayar wang proses sebanyak RM 10.60 untuk membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor Unik ID ini boleh digunakan bagi mengemukakan 3 permohonan iaitu ke IPTA, Program Teknikal dan Latihan Vokasional di Politeknik dan Kemahiran di ILKA.

Laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my dan laman web JPK Agensi/Institusi Politeknik dan ILKA.

Nombor Unik ID adalah SULIT.  Dimaklumkan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf akan dibuka untuk capaian mulai 7 Januari hingga 15 April 2013.



PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2013

Semakan Vokasional 2013 : Keputusan PMR 2012 sudah pun diperoleh, jadi sekarang ini ada kalangan pelajar tingkatan 4 sedang menunggu-nunggu halatuju & bidang yang ingin mereka fokuskan selepas ini. Ada yang dah masuk SBP , ada yang masuk sekolah agama.
Sebelum ini ramai kalangan pelajar yang telah menghantar permohonan ke Kolej Vokasional (KV) bagi tingkatan 4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Persoalannya sudah boleh semak keputusan Kolej Vokasional 2013 atau belum?
Jikalau pada semakan vokasional 2012, keputusan permohonan ke Kolej Vokasional diumumkan sebelum bermulanya sesi persekolahan. Walaubagaimanapun, kali ini berdasarkan maklumat yang kami perolehi, semakan Kolej Vokasional 2013 boleh mula dilakukan pada minggu hadapan iaitu dijangka :
 

Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:

  • Tarikh Semakan Vokasional 2013 : 11 Januari 2013
  • Hari : Jumaat
  • Masa : Bermula 8 malam

LINK Semakan Kolej Vokasional 2013 Tingkatan 4 :

  1. Semakan vokasional 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
  2. Laman web untuk semakan vokasional 2013 adalah di sini:

=> http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2013/

Dan dalam pada masa yang sama, para pelajar yang berjaya diterima akan menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran ke Kolej Vokasional
 
Andaikata anda ada sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kolej Vokasional, anda boleh cuba hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Rayuan Permohonan ke Kolej Vokasional Tingkatan 4

  1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan permohonan ke Kolej Vokasional
  2. Rayuan permohonan Kolej Vokasional boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional yang berkenaan.
  3. Keputusan rayuan Kolej Vokasional 2013 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
 
 

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2013

MINGGUORIENTASI......

Pada minggu lepas, 2 hingga 4 Januari telah berlansung minggu orientasi untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4.  Untuk tingkatan 1, minggu orientasi telah dijalankan di dewan SMKC manakala minggu orientasi pelajar tingkatan 4 dijalankan di bilik utiliti SMKC.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang minggu orientasi diadakan.  Majlis penutup Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan 4  telah dijalankan serentak di dewan SMKC dan dirasmikan oleh Pengetua, Pn. Norma Daud.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2013

Salam hormat dan selamat pagi....

Hari ini cikgu baru berkesempatan untuk update blog ubk setelah cuti sekolah berakhir... Selamat datang tahun 2013 dan selamat kembali semula ke sekolah untuk semua pelajar SMK CYBERJAYA yang disayangi. Ucapan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 dan pelajar yang baru mendaftar di SMKC.  Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri sekolah ini.

Untuk pengetahuan semua, sekolah kita telah menerima Pengetua yang baru iaitu Pn. Norma Bt. Daud. Pengetua terdahulu Datin Fuziah Bt. Mahmood telah bertukar ke Klang. Selamat datang diucapkan kepada puan pengetua yang baru.

Apa azam pelajar semua tahun ini? Pastinya azam anda untuk belajar lebih bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi terutama pelajar tingkatan 3, 5 dan 6. Belum terlambat cikgu ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar PMR 2012 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Seramai 23 orang berjaya mendapat 'straight A'. Kepada yang mendapat keputusan PMR yang kurang memuaskan, jangan putus asa. Anda mesti kuatkan azam dan semangat agar mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

Kepada yang pernah/selalu ponteng kelas, diharap agar anda perbaharui azam untuk tidak ponteng kelas lagi. Begitu juga yang kerap ponteng sekolah.  Hargailah masa-masa anda masih bergelar seorang pelajar.

Ok.... selamat maju jaya semua....!!!!!