Tuesday 29 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE 9 - 'JOM MASUK U' TAHUN 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2013 telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 25 - 27 Januari yang lalu. Pelbagai program telah diadakan sempena karnival tersebut.  Pelajar juga diberi pendedahan tentang panduan mengemuka- kan PERMOHONAN DAN PEMILIHAN PROGRAM.

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diketahui oleh para pelajar :
- Terdapat 20 IPTA di seluruh negara yang dibahagikan kepada 3 kategori :
a. UNIVERSITI PENYELIDIKAN (APEC) iaitu UM, UKM, UPM dan USM
b. UNIVERSITI KOMPREHENSIF iaitu UTM, UMS, UIAM, UNIMAS
c. UNIVERSITI BERFOKUS iaitu UUM, USIM, UPSI, UMT, UMP, UPNM, UTeM, UniMAP, UniSZA, UTHM, UMT, UMK

- Untuk program Ijazah, MUET diperlukan sekurang-kurangnya Tahap 1 namun ia berbeza mengikut keperluan kursus yang kompetetif iaitu perubatan, pergigian dan farmasi yang memerlukan sekurang-kurangnya Tahap 3 (MUET) manakala kursus Undang-undang dan TESL mesti mencapai Tahap 4.

- RU (Research University) diberi autonomi untuk meletakkan syarat dan kuota kemasukan seperti di Universiti Malaya semua program perlu melalui temuduga.

- Murid di aliran sains yang kredit dalam 4 mata pelajaran aliaran tersebut tidak boleh memohon program di aliran sastera begitu juga sebaliknya kecuali jika tidak kredit mata pelajaran tersebut (Math, Add math, Fizik, Kimia dan Biologi)

- Calon A-Level atau Diploma tidak boleh memohon program kompetetif iaitu Pergigian, Perubatan dan Farmasi

No comments:

Post a Comment