Tuesday 6 November 2012

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN KE MRSM (UKKM)

Kepada pelajar tingkatan 3 yang memohon untuk memasuki MRSM tahun 2013, berikut adalah maklumat berkaitan :

- tarikh UKKM antara 26 - 30 November 2012.
- tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa isi borang secara on-line.
- pemohon yang tidak menduduki ujian ini tidak akan dipertimbangkan untuk ke MRSM.

Pemohon boleh menyemak keputusan MRSM pada bulan Februari 2013.
Sekiranya tidak menerima sebarang jawapan sehingga April 2013, dianggap anda tidak berjaya untuk ke MRSM.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website www.mara.gov.my

Harap maklum.

Maklumat Pelajar Selepas Menamatkan Persekolahan

Salam sejahtera,

Hari ini merupakan hari ketiga peperiksaan SPM bagi kertas Sejarah kertas 1 & 2 dan Tasawwur Islam kertas 2. Semoga pelajar dapat menjawab dengan tenang dan mendapat keputusan yang cemerlang. 

Kepada semua pelajar tingkatan 5 & 6 yang akan menamatkan persekolahan tidak lama lagi, cikgu minta anda untuk memaklumkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling tentang hala tuju anda selepas ini.. contohnya berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA, kursus apa dan sebagainya..  Termasuk juga sekiranya anda memilih untuk bekerja dan lain-lain.  Maklumat ini penting untuk melihat kemenjadian pelajar dan lain-lain.  Paling penting, cikgu harap rajin-rajinlah singgah di blog cikgu ini.  Cikgu akan cuba untuk sentiasa 'update' maklumat yang berguna sebagai rujukan kepada anda.

(Cikgu akan berikan email untuk anda maklumkan perkembangan diri anda)

SALAM MAJU JAYA DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM DEWASA!!!

Monday 5 November 2012

DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Kepada semua pelajar muslim tingkatan 5 & 6, berikut adalah doa-doa yang boleh diamalkan untuk peperiksaan anda.  Semoga anda mendapat keberkatan dan didoakan agar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Amin...
 
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda.

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan


(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali

Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh
 

PERMOHONAN ONLINE SBP TINGKATAN 4 - 2013

Salam hormat,

Untuk makluman semua pelajar, seramai 27 orang pelajar tingkatan 3 telah memohon secara on-line ke SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) untuk tahun 2013.  Pengetua juga telah mengesahkan kesemua permohonan dalam sistem tersebut dan juga pada borang permohonan bercetak.

Borang permohonan bercetak tidak perlu diposkan dan disimpan oleh pihak sekolah sebagai rujukan.  Pelajar diminta mempunyai salinan sendiri sebagai rujukan.

Sekian, terima kasih.

PROGRAM PRA-U UNIVERSITI MULTIMEDIA

Salam sejahtera,

Pada hari Jumaat yang lepas, cikgu telah berjumpa dengan pelajar dari kelas 5 SN 1 dan 5 SN 2 yang berminat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia (PROGRAM PRA-U) dan menyerahkan borang kepada mereka.  Cikgu telah melantik Auni Sarah dari kelas 5 SN 1 untuk mengumpulkan kesemua borang yang telah diisi untuk disahkan oleh pihak sekolah.

Berikut adalah maklumat berkenaan PROGRAM PRA-U tersebut :

1. Tawaran bersyarat ini terbuka kepada 10 pelajar tingkatan 5 SMK Cyberjaya untuk memulakan pengajian pra-universiti pada awal bulan Mac 2013 dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda pada bulan Mac 2014.

2. Syarat-syarat mendapat tawaran tersebut adalah :
    a. lengkap dan kembalikan borang permohonan yang disertakan kepada pihak MMU sebelum 15 November 2012
    b. pemohon lulus Percubaan SPM dengan sekurang-kurangnya B+(70%) dalam 5 mata pelajaran dan C (55%) dalam Bahasa Inggeris dan Matematik.

3. Pihak MMU akan memproses permohonan pelajar dan menghantar surat tawaran kepada pealjar yang berjaya sebelum 30 Januari 2013.

4. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai berikut :
     - En. Mohamad Azri - 03-83125027  
     - En. Vincent Chan - 03-83125134

Sekian, harap maklum.

Selamat bercuti sekolah...

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang disayangi,

Pada minggu ini, peperiksaan SPM dan STPM telah bermula dan akan berakhir pada 6 Disember 2012.  Oleh yang demikian, semua pelajar tingkatan 2, 3 dan 4 telah dicutikan..(surat edaran ibubapa juga telah diberikan).  Hanya pelajar tingkatan 1, 5 dan 6 sahaja yang hadir.

Cikgu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERCUTI... Kepada pelajar yang telah menerima buku teks, sila balut buku teks anda... Sila hargai pemberian percuma buku teks ini..

Semoga cuti sekolah ini akan dimanfaatkan dengan sepenuhnya... Sila jaga kesihatan dan keselamatan diri.. Ingat ye, sekolah akan bermula untuk sesi tahun hadapan pada 2 Januari 2013 iaitu pada hari Rabu... Sepanjang cuti ini, diharap para pelajar dapat membantu ibubapa di rumah, tolong bersihkan rumah, jaga adik kecil, dan sebagainya.. jangan merayau/melepak di tempat tak sepatutnya.. Jika anda melayari internet, pastikan anda tidak masuk ke tempat larangan ye... Cari info yang berguna... Paling penting, jika keputusan peperiksaan tahun ini tidak memuaskan, sila tanam azam baru untuk lebih berusaha meningkatkan prestasi akademik anda... Kepada yang akan menempuh peperiksaan PMR, SPM dan STPM tahun hadapan, gunalah waktu cuti sekolah ini untuk mengulangkaji sedikit pelajaran anda..

Akhir kata, selamat bercuti.. jaga diri.. selamat berjumpa tahun hadapan.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON SPM DAN STPM.. JUMPA ANDA DI PUNCAK JAYA!!!

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2013

Kepada semua pelajar tingkatan 3 yang berminat untuk memohon ke KOLEJ VOKASIONAL / SEKOLAH MENENGAH TEKNIK untuk tahun 2013, sila mohon secara on-line di http://apps.moe.gov.my .

TARIKH TUTUP PERMOHONAN  : 30 DISEMBER 2012

Harap maklum...

PENILAIAN 10% MARKAH KOKURIKULUM

Salam hormat,

Penilaian 10% Markah Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam sesi 2013/2014

Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia
Penilaian 10% Markah Kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam sesi 2013/2014.

Untuk maklumat lanjut, sila layari website http://www.moe.gov.my

PERMOHONAN UPU 2013

Salam sejahtera,

Permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM,Asasi, Matrikulasi,STPM,STAM,Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No.Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka pada bulan Januari 2013.
Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut, sila layari, http://upu.mohe.gov.my/

SUMBER : http://upu.mohe.gov.my/

PENEMPATAN PLKN SIRI 10 TAHUN 2013

Salam hormat,

Kepada pelajar yang terpilih ke PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) siri 10 / 2013 - (pelajar kelahiran tahun 1995) :

- Tempat penempatan PLKN anda masih belum diumumkan.. Cikgu baru sahaja semak dengan website PLKN.. Jadi harap bersabar.. Biasanya dalam surat khabar dan televisyen akan dimaklumkan tentang penempatan ini..

Jangan risau ye.. Sila tunggu surat tawaran penempatan nanti.... Yang penting sekaran, tumpukan kepada peperiksaan SPM anda.. sebarang makluman, cikgu akan maklumkan kemudian ye.

FAIL PERIBADI TINGKATAN 5 & 6

Salam hormat,

Kepada semua pelajar tingkatan 5 & 6 atas,

Sila dapatkan fail peribadi anda daripada guru kelas masing-masing... Cikgu harap pelajar mengambil fail peribadi tersebut selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini (9 November 2012)... Sila semak isi kandungan fail peribadi anda.

Terima kasih.

JADUAL SPM 2012

Salam sejahtera kepada semua,

Di sini juga lampirkan jadual SPM untuk rujukan pelajar.. Maaf, sebab cikgu tiada jadual untuk STPM.. Pelajar tingkatan 6 boleh rujuk dengan guru anda ye.

Isnin - 5 Nov -Bahasa Melayu kertas 1 & 2 / P.Seni Visual kertas 1
Selasa - 6 Nov - Bahasa Inggeris kertas 1 & 2 / Tasawur Islam
Rabu - 7 Nov - Sejarah kertas 1 & 2 / Tasawur Islam
Khamis - 8 Nov - Matematik kertas 1 & 2 / ICT

Isnin - 19 Nov - Pendidikan Islam kertas 1 & 2 / Pendidikan Moral / Rekacipta
Selasa - 20 Nov - Matematik Tambahan 1 & 2
Rabu - 21 Nov - Sains kertas 1 & 2/ Fizik 1, 2 & 3

Isnin - 26 Nov - Kimia kertas 1, 2 & 3
Selasa - 27 Nov - Perdagangan kertas 1 & 2 / Biologi kertas 1,2 & 3
Rabu - 28 Nov - Kesusasteraan Melayu / Prinsip Perakaunan kertas 1 & 2
Khamis - 29 Nov - Pendidikan Seni Visul kertas 2

Isnin - 3 Dis - Bahasa Cina kertas 1 & 2
Khamis - 6 Dis - Ekonomi Asas kertas 1 & 2

(Harap maaf, jika ada kesilapan dalam jadual di atas. Jadual ini sebagai rujukan sahaja.. Pada slip SPM anda ada tertera jadual kan...)

Cikgu harap pelajar semua bijak merancang jadual ulangkaji anda.. Masih ada masa.. Ingat apa yang anda usahakan hari ini, adalah penentu kejayaan hari esok...

Waktu rehat yang lama antara kertas peperiksaan, boleh digunakan untuk mengulangkaji.. Masih sempat lagi untuk membuat latihan.. Kalau dah malas sangat (rasa otak dah tepu), cikgu sarankan pelajar tengok je jawapan dalam setiap latihan yang anda buat.. Manalah tahu, soalan latihan yang anda buat, masuk dalam peperiksaan nanti...

Apapun, cikgu ucapkan selamat berjaya.. Semua guru dan warga SMK CYBERJAYA MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA.. DO THE BEST..


MAJLIS RESTU ILMU DAN SOLAT HAJAT SPM & STPM 2012

Salam sejahtera,

Pada hari Jumaat yang lepas, sekolah telah mengadakan Majlis Restu Ilmu untuk tingkatan 5 dan  6 yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM bermula pada minggu ini. (5 November 2012). Selepas Majlis Restu Ilmu, diadakan pula Solat Hajat... Didoakan agar semua pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Paling penting, sila jaga kesihatan anda supaya dapat hadir ke bilik peperiksaan.... Ingat! Usaha tekun anda hari ini adalah penentu kejayaan masa depan!!! Andalah pewaris masa depan negera yang bakal mencorakkan negara di masa hadapan..

Salam maju jaya...

Sunday 14 October 2012

TARIKH TUTUP PERMOHONAN KE SBP

Salam...

Cikgu nak mengingatkan bahawa tarikh tutup permohonan secara online ke sekolah berasrama penuh (SBP) adalah 31 Oktober ini.. Pastikan anda telah mencetak dokumen berkenaan dan pastikan semuanya telah disahkan...

Terima kasih.

SPM YANG BAKAL TIBA....

Salam hormat... kepada abang2 dan kakak2 tingkatan 5....

Peperiksaan SPM adalah bakal tiba tidak lama lagi iaitu pada 5 November nanti.. Tak lama lagi kan.. Macammana dengan persediaan...... Adakah anda bersedia atau masih leka dengan facebook, twitter dan lain-lain yang boleh mengalih fokus anda dalam mengulangkaji pelajaran... kalau dikira SPM hanya tinggal lebih kurang 20 HARI SAHAJA LAGI... sila semak diri anda..
a. dimanakah anda ketika ini..
b. apakah yang anda buat ketika ini.

Ingat.. pengorbanan anda hari ini adalah untuk kebahagiaan masa depan anda sendiri... Tiada orang lain yang boleh mengubah diri dan masa depan anda kecuali DIRI SENDIRI...

Jadi, gunakanlah masa yang ada ini dengan sebaiknya.. paling penting jaga kesihatan.. jangan terlalu lama berjaga malam sehingga anda mengabaikan kesihatan diri.. jangan sampai anda pengsan dalam dewan peperiksaan... siapa yang rugi.. diri sendiri.

Sekian.. jumpa anda di puncak jaya.. cikgu ucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh peperiksaan SPM.. Good Luck...

:) Tepat jam 3.50 nanti, adik2 tingkatan 3 akan bersorak.. merdeka (exam dah habis!!)

PEPERIKSAAN TELAH BERAKHIR.....

Salam sejahtera dan selamat pagi...

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan untuk calon-calon PMR . Jadual hari ini ialah kertas Matematik dan Kemahiran Hidup.. Kecuali pelajar yang mengambil Bahasa Arab, Bahasa Tamil dan bahasa-bahasa yang lain sahaja yang masih perlu menduduki peperiksaan pada hari esok....

Tepat jam 3.50 petang hari ini maka berakhir peperiksaan PMR.. Mesti seronok kan.... pada yang telah berhempas pulas, mengulangkaji pelajaran pasti anda akan rasa puas... Nantikan sahaja keputusan PMR yang akan keluar nanti... Kepada yang rasa kecewa sebab soalan susah dan sebagainya, takpe... cikgu percaya anda telah lakukan yang terbaik.. sama-samalah kita berdoa agar mendapat keputusan yang cemerlang.

Cikgu ingin mengingatkan kepada pelajar yang telah memohon ke MRSM, tarikh tutup permohonan on-line adalah pada 19 Oktober (Jumaat) ini.. Jangan lupa layari www.mara.gov.my... Manakala tarikh tutup menghantar cetakan borang dan dokumen berkaitan adalah pada 26 Oktober ini.

Sekian, dahulu untuk hari ini...

Sunday 23 September 2012

TIPS ULANGKAJI SAAT AKHIR

TIPS ULANGKAJI SAAT AKHIR :

1. Buat ulangkaji setiap hari (sekarang minggu ulangkaji) lebih-lebih lagi untuk subjek teori. Subjek pengiraan pun kena buat latihan setiap hari. Jangan tunggu 'last minute' baru nak baca itu nak baca ini. Pada masa tersebut, anda hanya akan berasa 'Ya Allah, banyak lagi aku tak cover!!!' Semua ini hanya akan menyebabkan 'jiwa anda kacau bilau'.

2) Susun jadual ulangkaji dengan baik. Mula buat ulangkaji dengan 'paper' yang paling akhir dan diikuti dengan 'paper' yang paling awal. Jadi lagi 3-4 hari nak 'exam', anda sudah mula mengadap 'paper' pertama dan pada masa yang sama subjek-subjek lain, anda dah mula buat 'revision'. Lepas 'paper' pertama, tinggal nak 'recall paper' yang seterusnya pula.

3) Tidur awal tetapi dengan niat akan bangun pada waktu sepertiga malam untuk ulangkaji. Kemudian sebelum memulakan sesi ulangkaji, solat Tahajud 2 rakaat dahulu diikuti dengan solat Hajat memohon kepada Allah agar dilapangkan dada supaya bisa menerima ilmu yang dipelajari dan diberi kefahaman yang baik. kalau tak biasa memang susah, tapi kalau boleh atasi rasa malas dan susah tersebut, itu juga satu kejayaan kepada anda dalam perjuanagn melawan nafsu. Amalan yang susah tetapi baik untuk kehidupan kita jika dilakukan setiap hari insyaAllah ada keberkatannya. Belajarlah sehingga waktu Subuh dan tunaikanlah solat Subuh. Ingat! Tak guna anda berjaga sampai lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya tertidur dan terlepas Subuh.

4) Tinggalkanlah aktiviti gosip, sembang-menyembang, menonton movie, window shopping, tidur yang keterlaluan, sering ke kantin dan apa sahaja aktiviti yang dianggap membuang masa kerana masa anda pada saat-saat akhir ini sangatlah terhad. Berdampinglah dengan buku ke mana sahaja anda pergi. Hormatilah rakan yang hendak 'study' jika anda sudah bosan 'study'.

5) Tips yang ini paling penting. Jaga KESIHATAN diri sendiri. Jangan 'study' sampai lupa nak makan. Lepas tu kena gastrik, diri sendiri  juga yang susah Kalau diri tidak sihat tatkala tiba hari peperiksaan, sayang seribu kali sayang, fokus anda pasti hilang semasa sedang menjawab peperiksaan. Maka tiada nikmat yang lebih baik yang harus kita syukuri selain daripada nikmat KESIHATAN. Jadi jangan cari penyakit!!!
 

KEPUTUSAN PERCUBAAN PMR 2012

Salam sejahtera,

Peperiksaan percubaan PMR telah pun berlalu dan program gerak gempur juga telah dijalankan. Keputusan percubaan juga telah dikeluarkan.  Setelah dianalisa, cikgu lihat ramai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang... Ramai yang mendapat 'straight A' .. TAHNIAH diucapkan...

Tak kurang juga yang mendapat keputusan sederhana.. Adalah diharap agar pelajar tingkatan 3  akan lebih melipatgandakan usaha agar mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan PMR sebenar.  Kurangkan aktiviti yang tidak berfaedah dan boleh mengganggu fokus dalam mengulangkaji pelajaran.

PMR tinggal hari beberapa hari lagi.. Peperiksaan sebenar 9 Oktober.. Di saat akhir begini, pelajar seharusnya perlu banyak membuat latihan.  Lihat bagaimana cara menjawab soalan.. Paling penting jaga kesihatan.. semoga anda mendapat kejayaan yang diimpikan...............

SELAMAT MENEMPUH PMR .......................

YAKIN BOLEH !!!

Monday 10 September 2012

PENGAJIAN DIPLOMA (LEPASAN SPM) UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

PENGAJIAN DIPLOMA

Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan Pengajian Diploma kepada para pelajar lepasan SPM. Dibawah ini adalah maklumat lanjut bagi para pelajar yang ingin memohon.

SENARAI KURSUS

Sila klik pada menu pautan dibawah untuk melihat senarai kursus yang ditawarkan bagi Pengajian Diploma.

SYARAT AM KEMASUKAN

Universiti ini menawarkan kemasukan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Lima (5) kepujian 6C/Gred C termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.

SYARAT KHAS KEMASUKAN KE PROGRAM DIPLOMA

Diploma Bahasa Inggeris
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 5C/Gred C+dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM
Diploma Muzik
Memenuhi Syarat Am dan
Lulus Ujian Khas dan temu duga.

Diploma Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan pada peringkat SPM

Diploma Sains

Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut SPM :

1. Fizik
2. Kimia
3. Biologi
4. Matematik
5. Matematik Tambahan
6. Lukisan Kejuruteraan
7. Pengajian Kejuruteraan Elektrik
8. Pengajian Kejuruteraan Awam
9. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

dan

Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Sains (Matematik)
Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Matematik dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

Diploma Teknologi Makmal

Memenuhi Syarat Am dan
Mendapat sekurang-kurang 6C/Gred C dalam mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran Matematik dan fizik/Kimia/Biologi dan
Mendapat sekurang-kurangnya lulus/Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM.

KALENDAR AKADEMIK

Sila klik pada pautan dibawah untuk melihat kalendar akademik bagi Pengajian Diploma. Kalendar Akademik

YURAN PENGAJIAN

Kadar Yuran Pengajian Tempatan
BidangKadar
Sains & TeknikalRM - (untuk 3 semester)
Bukan Sains & TeknikalRM - (untuk 3 semester)

PERMOHONAN

CARA MEMOHON

Calon Warganegara Malaysia
Pelajar-pelajar adalah dinasihati untuk memeriksa iklan-iklan dalam akhbar-akhbar utama Malaysia dan laman web Kementerian Pelajaran Tinggi serta laman web UPSI untuk kedua-dua pengambilan Jun dan November.
Permohonan kemasukan ke UPSI adalah melalui sistem aplikasi dalam talian Kementerian Pengajian Tinggi : http://upu.mohe.gov.my (ambilan Jun) dan aplikasi dalam talian Universiti Pendidikan Sultan Idris : http://www.upsi.edu.my/online (ambilan November).

Pelajar-pelajar dikehendaki membeli :

UNIK ID DIPLOMA (ambilan Jun)
BITARA ID DIPLOMA (ambilan November)

ID tersebut boleh dibeli daripada Bank Simpanan National (BSN).

TARIKH PERMOHONAN

Tarikh Iklan : 16 September 2012 (Ahad)
Tarikh Permohonan : 17 September 2012 (Isnin)
Tarikh tutup permohonan : Akan Dimaklumkan

MAKLUMAT LANJUT

Timbalan Pendaftar Kanan (Akademik)
Bahagian Hal Ehwal Akademik
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
Telefon :605-450 6929/6932/6313
Faks : 605-4582670

SUMBER : http://www.upsi.edu.my/ms/kemasukan/pengajian-diploma
 http://akademik.upsi.edu.my

PLKN

SOALAN LAZIM BERKAITAN PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN)



Soalan 1 :Apakah maksud ‘Khidmat Negara’?
Jawapan:‘Khidmat Negara’ merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Soalan 2 :Apakah maklumat yang boleh diperoleh menerusi laman web ini dan bagaimana mendapatkannya?
  • Maklumat berkenaan Jabatan seperti alamat dan nombor telefon Jabatan, Bahagian-bahagian yang beroperasi di Jabatan, visi, misi dan fungsi Jabatan, piagam pelanggan, pelan strategik Jabatan, aktiviti Jabatan, direktori pegawai, takwim Jabatan, maklumat tender dan sebut harga dan juga maklumat kerjaya di JLKN
  • Maklumat berkenaan PLKN seperti objektif PLKN, Akta Latihan Khidmat Negara, modul latihan, fasiliti latihan, syarat permohonan penangguhan dan pengecualian, takwim pelatih dan senarai kem beserta alamat, nombor telefon dan map kem.
  • Memuat turun borang-borang berkaitan seperti borang permohonan penangguhan, borang permohonan pengecualian, borang permohonan kemasukan semula, borang latihan pengendalian senjata, borang permohonan kerjaya dan lain-lain
  • Pengumuman-pengumuman terkini
  • Membuat semakan sama ada terpilih menjalani PLKN dan semakan penempatan pelatih di kem-kem PLKN
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan, pengunjung bolehlah mendapatkan gambaran keseluruhan laman web ini dengan membuka Peta Laman. Senarai kandungan laman akan dipaparkan dan seterusnya pengunjung dapat mengenal pasti kedudukan topik/tajuk bagi maklumat yang dicari. Selain itu, pengguna juga boleh mencari maklumat dengan menggunakan enjin carian laman web ini yang terletak di sebelah kanan banner utama laman web ini.
Soalan 3 :Adakah program ini akan mengganggu atau menjejaskan perancangan pelajaran para pelajar yang terlibat?
Jawapan:Kerajaan akan meminimakan kesan gangguan ke atas sistem pendidikan negara. Dalam kes PLKN ini Kementerian Pendidikan telah menyelaraskan kemasukan pelajar ke kelas matrikulasi, tingkatan enam dan IPTA. Namun begitu, jika terdapat kes-kes yang melayakkan penangguhan ianya akan dipertimbangkan mengikut paraturan Akta Latihan Khidmat Negara yang membenarkan penangguhan atas alasan melanjutkan pelajaran. Dengan yang demikian PLKN akan cuba meminimakan penjejasan kepada peluang peserta untuk melanjutkan pelajaran.
Soalan 4 :Siapakah yang boleh dikecualikan dari menyertai PLKN?
Jawapan:Mengikut Subseksyen 4(1), hanya terdapat sepuluh (10) kategori orang yang boleh dikecualikan dari menghadiri program ini iaitu:
  1. Orang yang bercelaru mental.
  2. Orang yang telah diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan mengalami kecacatan fizikal.
  3. Orang yang menjalani hukuman pemenjaraan.
  4. Orang yang menjalani tahanan.
  5. Orang yang menjalani rawatan dan pemulihan.
  6. Orang yang menjalani tahanan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
  7. Orang yang menghidapi penyakit yang boleh membawa maut.
  8. Orang yang menghidapi penyakit berjangkit (penyakit membawa maut)
  9. Orang yang mengikuti program sepenuh masa di Institusi Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia
  10. Wanita yang mempunyai anak kandung.
Walaupun demikian pemohon/penjaga perlu membuat permohonan untuk pengecualian kepada JLKN dengan menyertakan dokumen sokongan yang berkaitan.
Soalan 5 :Apakah keadaan-keadaan yang melayakkan penangguhan penyertaan?
Jawapan:Mengikut Seksyen 20 Akta Latihan Khidmat Negara penangguhan hanya akan diberikan kepada mereka yang termasuk dalam golongan-golongan berikut:
  1. Yang menduduki peperiksaan penting di bawah Akta Pendidikan.
  2. Mereka yang sedang menuntut di dalam sistem persekolahan di dalam atau di luar negara.
  3. Mereka yang mengalamai kesusahan luar biasa mengikut keadaan tertentu.
Peserta dikehendaki memohon penangguhan dengan menggunakan borang yang boleh didapati di JLKN atau di muatturun dari laman web www.khidmatnegara.gov.my . Kesemua kes ini tertakluk kepada pengesahan pihak berkuasa.
Soalan 6 :Bolehkan peserta diberi kebebasan untuk memilih lokasi latihan?
Jawapan:Penempatan peserta di buat secara rambang selaras dengan objektif program. Walau bagaimanapun JLKN akan mempertimbangkan permohonan untuk menukar lokasi latihan berasaskan masalah kesihatan. Pemohon perlu memajukan permohonan/rayuan dengan menulis kepada JLKN beserta dokumen sokongan untuk pertimbangan.
Soalan 7 :Adakah peserta-peserta PLKN di jaga dengan baik?
Jawapan:Kesemua peserta PLKN dilindungi oleh insuran berkelompok semasa latihan. Tempat-tempat dan peralatan latihan juga adalah selamat mengikut spesifikasi yang di iktiraf. Aspek disiplin jurulatih dan peserta adalah diberi keutamaan.
Soalan 8 :Adakah seseorang boleh memohon untuk memasuki PLKN secara sukarela?
Jawapan:Bagi mereka yang tidak terpilih, tetapi berminat menyertai PLKN, bolehlah membuat rayuan kepada JLKN untuk dipertimbangkan.
Soalan 9 :Berapa lamakah latihan dijalankan di kem PLKN dan apakah modul-modul yang terdapat di dalam latihan tersebut?
Jawapan:Skop latihan PLKN mengambil masa selama tiga bulan. Terdapat 4 modul dalam PLKN iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Aktivity-aktiviti utama modul fizikal adalah asas kawad, tali tinggi, asas pertahanan diri dan kraft hutan. Modul Kenegaraan membincangkan sejarah tanah air, kedaulatan dan maruah negara, Malaysia dan isu isu antarabangsa, pertahanan dan keselamatan negara serta tanggungjawab rakyat kepada negara. Modul pembinaan karakter. Memberi tekanan kepada penerapan nilai nilai murni dan sejagat, keyakinan diri, kepimpinan dan penilaian diri sendiri. Modul khidmat komuniti melibatkan perserta dalam aktiviti membina dan membaik pulih kemudahan awam, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar, gotong royong dan kejiranan serta aktiviti kesukarelaan.
Soalan 10 :Adakah kemudahan pengangkutan disediakan?
Jawapan:Jabatan akan menyediakan kemudahan pengangkutan dari stesen bas, keretapi dan lapangan terbang yang akan ditentukan oleh JLKN untuk ke kem latihan.

SUMBER :
http://www.khidmatnegara.gov.my

PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Program Matrikulasi


Latar Belakang

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.

Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.

Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.

Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.

Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.

Tempat Pengajian
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulsi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut.

Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:
  1. Sains (Kod M001)
  2. Perakaunan (Kod M003)
  3. Teknikal (Kod M007)
Rancangan Program
a) Jangka Masa Program
  • Program Satu Tahun (2 Semester)
  • Program Dua Tahun (4 Semester)

b) Mata Pelajaran Teras
  • Jurusan Sains
Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
  • Jurusan Perakaunan
Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi
  • Aliran Teknikal
Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan
Di samping mata pelajaran bidang pengkhususan, mata pelajaran berikut wajib diambil oleh semua pelajar:-
- Bahasa Inggeris
- Kemahiran Dinamika
- Pendidikan Islam/Moral
- Teknologi Maklumat
- Kokurikulum

Semua pelajar Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia diwajibkan mengambil satu daripada mata pelajaran kokurikulum berikut:-
- Sukan/Permainan atau
- Persatuan/Kelab atau
- Kawat Kaki

PenilaianBerdasarkan Penilaian Berterusan (PB), Ujian Pertengahan Semester (UPS) dan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM).

Pembiayaan
Pelajar Program Matrikulasi dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Peluang Melanjutkan Pengajian
Pelajar yang memperolehi PNGK 2.00 (gred C) dan ke atas boleh dipertimbangkan untuk ke IPTA

a) Jurusan Sains
  • Perubatan
  • Pergigian
  • Bio Perubatan
  • Bio Fizik
  • Farmasi
  • Sains Aktuari
  • Sains Tulen
  • Sains Gunaan
  • Sains Komputer / Teknologi Maklumat
  • Sains Pendidikan
  • Kejuruteraan
  • Seni Bina dan bidang lain yang berkaitan

b) Jurusan Perakaunan
  • Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pengurusan Perniagaan
  • Undang-Undang
  • Teknologi Maklumat
  • Pentadbiran Perniagaan / Pentadbiran Awam
  • Pengurusan Sumber Manusia dan bidang lain yang berkaitan
SUMBER :

TAKWIM PEPERIKSAAN

TAKWIM PEPERIKSAAN TAHUN 2012
UPSR
Ujian Bertulis11- 13 September 2012 (Selasa hingga Khamis)
PMR
Ujian Bertulis9-11 Oktober 2012 (Selasa hingga Khamis)
15 - 16 Oktober 2012 (Isnin hingga Selasa)
SPM
Amali

Ujian Bertulis


5 November - 6 Disember 2012

STPMUjian Lisan
Ujian Bertulis


19 November 2012 (sistem tahunan) - 294 hari bermula 30 Januari 2012

5 November 2012 (sistem penggal) - 280 hari bermula 30 Januari 2012 [baharu]
STAM
Ujian Lisan9-12 Julai 2012 & 16 - 19 Julai 2012
Ujian Bertulis16 - 18 Oktober 2012 & 22 - 23 Oktober 2012 (Isnin - Selasa)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian(ULKCP)

Ujian Bertulis




12 - 13 Jun 2012 (Isnin hingga Selasa)



* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

Anda juga boleh melayariLaman Web Rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia atau Majlis Peperiksaan Malaysia untuk maklumat lanjut.

SUMBER : http://www.moe.gov.my/?id=20&lang=my

TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN

Salam sejahtera,

Hari ini adik-adik kita (darjah 6) di sekolah rendah sedang menduduki peperiksaan UPSR. Semoga mereka dapat menjawab dengan tenang dan pastikan kesihatan dijaga supaya cergas dalam dewan peperiksaan.

Berikut cikgu senaraikan bilangan hari yang masih tinggal untuk PEPERIKSAAN PMR, SPM dan STPM... supaya pelajar lebih peka tentang peperiksaan tersebut.. masa dah tinggal beberapa hari lagi.. pastikan anda perbanyakkan latihtubi... baca nota-nota ringkas / peta minda yang telah dibuat...

PEPERIKSAAN :

  • PMR: 28 hari lagi
  • SPM: 55 hari lagi
  • STAM: 35 hari lagi
  • STPM: 55 hari lagi

  • Pastikan anda mencatatnya dalam diari/tampalkan di dinding bilik anda....

    PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Berikut sedikit maklumat latarbelakang berkenaan PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Mulai sesi 2011/2012, 100% permohonan menggunakan PMI.
     
    Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester. Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.
     Program Matrikulasi ini dijalankan di 15 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan
     
    Sekiranya pelajar ingin mengetahui tentang perkara-perkara berikut, sila layari sendiri http://apps.moe.gov.my/matrikulasi
     
    a. PROGRAM DAN PENGKHUSUSAN
    b. KELAYAKAN UNTUK MEMOHON
    c. SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
     

    PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN

    PERMOHONAN MELALUI TALIAN - PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN


        
    Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor kad pengenalan DAN nombor PMI. Belian no. pin boleh dibuat dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional dengan bayaran RM 6.00.

    SUMBER : http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Manual_mohon.cfm

    Friday 7 September 2012

    PETA MINDA

    Peta Minda adalah satu teknik yang digunakan bertujuan untuk membolehkan minda kita menyimpan sesuatu maklumat atau fakta secara lebih kemas. Teknik ini memerlukan kita mengabungkan beberapa keperluan seperti warna, gambar, garisan dan lain lain lagi. Peta minda sebenarnya mengajar kita selari dengan bagaimana otak kita berfikir. Hasil dari penggunaan peta minda yang betul, akan menjadikan sesuatu fakta dapat di ingat dalam jangkamasa yang lama. Apa yang penting ialah, dengan hanya melihat sekali imbas peta minda yang kita buat, ianya akan mengigatkan apa yang kita baca sebelum ini. Bayangkan, bagaimana bergunanya nota yang dibuat dengan teknik ini sebelum peperiksaan bermula. Pelajar lain membaca nota berjela jela panjangnya tapi anda hanya melihat nota sekali imbas sahaja.

    Seperti yang diterangkan sebelum ini, peta minda adalah teknik mengingati sesuatu perkara melalui bentuk, warna, kratif, rasa dan lain lain. Sekarang saya huraikan pula bagaimana untuk membuat peta minda khususnya kepada para pelajar.

    1. Sediakan sehelai kertas dan pen pelbagai warna
    2. Kata kunci (keyword) yang boleh mengambarkan keseluruhan subjek yang hendak dibuat. Contohnya anda hendak membuat peta minda mengenai struktur bumi maka kata kunci yang sesuai adalah bumi. Gunakan kata kunci yang ringkas bersaiz sederhana.
    3. Letakkan kata kunci ini di bahagian tengah peta minda. Anda boleh menggunakan kreativiti dengan membuat bulatan, gambar bewarna mengelilingi kata kunci tersebut.
    4. bahan grafik seperti garisan anak panah dan pelbagai untuk membentuk jaringan. Nasihat saya jangan gunakan garisan yang lurus untuk memulakan jaringan. Otak kanan kita suka pada seni dan kreativiti, jadi kalau boleh gunakan garisan bersahaja dan tidak terlalu lurus. Garisan lurus seolah olah statik dan tidak menarik.
    5. Anda perlu mencampurkan gambar gambar bewarna yang berkaitan bertujuan untuk memperkukuhkan fakta yang hendak diingat. Buat sahaja gambar mengikut kefahaman anda sendiri.
    6. Dari cabang utama anda sudah boleh membentuk beberapa cabang lain yang diisi dengan perkataan atau perkara yang bersangkutan dengan cabang utama.
    7. Gunakan warna yang terang dan pelbagai.

    SUMBER : http://petaminda.blogspot.com


    [familyevents.jpg]




    TEKNIK BELAJAR MATEMATIK BERKESAN


    1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai
    2. Kena Buat Banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membacanya). Saya berjaya menguasai matematik kerana saya buat latihan. Semakin banyak latihan saya buat, saya jadi semakin cekap.
    3. Kena Displin. Matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba latih menjawab dengan secepat mungkin.
    4. Hafal Sifir. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang di uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
    5. Azam yang kuat untuk Berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
    Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
    Jangan lupa baca quran dan berdoa, mudahan anda berjaya cemerlang dalam peperiksaan tahun ini. Baca Fatihah dan Alamnasrah di waktu pagi dan malam, mohon Allah permudahkan belajar adik.

    SUMBER : http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html


    SUMBER : http://cpintrass.com/blog/pendidikan

    Thursday 6 September 2012

    SEKOLAH GANTI

    Salam sejahtera

    Esok 8 September, adalah tarikh sekolah ganti.. jadi pelajar semua jgn lupa ye.. esok sekolah.... lepas balik sekolah baru boleh pergi jamuan hari terbuka raya (kalau ada la...heheh)

    SELAMAT BERSEKOLAH!!!

    Wednesday 5 September 2012

    10 CARA MENANGANI 'STRESS'

    10 Cara Menangani Stress
    1. Senyum . Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti kita akan tarik muka seribu. Paling tak pun kita akan mengeluh…dan mengomel sorang -sorang yea tak? apa kata bila kita hadapi tekanan seperti ini kita senyum dahulu. Bila kita senyum, pasti sedikit tekanan akan reda..Cubalah..
    2. Bersendirian. Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika. Macam suri kalu suri ada masalah suri selalu pergi ke pantai..take time disitu sebab kita berhak untuk mendapatkannya. Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambilah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
    3. Bertenang. Jangnlah berserabutkan lagi keadaan yang sedia ada. Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan. Cuba elakkan diri anda dari membuat sebarang keputusan dalam keadaan tertekan. Ini kerana keputusan itu mungkin bersandarkan pada emosi anda semata-mata. Bukan itu sahaja malahan jika tiada perincian yang dibuat dalam keputusan tersebut takut sebarang kemudaratan akan berlaku nanti.
    4. Berbuat baiklah pada insan. Cuba kurangkan perbuatan dari menyakiti hati orang di sekeliling anda. Seandainya anda terlihat seseorang yang boleh membuatkan anda stress, adalah lebih baik anda janganlah memandang dia. Terus jika anda mendengar akan percakapannya adalah lebih afdal anda mendiamkan diri, pekakkan telinga..erm, ibarat macam anda kena marah dengan boslah yea.
    5. Jadilah insan yang berhati luhur dan pemaaf. Bunyi memang senang tapi bila kita hendak melakukannya mungkin agak sukar. Tapi itulah yang harus anda lakukannya. Hanya dengan cara inilah pasti hati anda akan berlapang dada dan sekaligus stress anda akan berkurangan.
    6. Peluk. Anda pasti akan rasa lebih tenang dan damai di dalam hati jika dapat memeluk makhluk lain. Maksud disini jika anda mempunyai teman baik perempuan sama perempuan anda peluklah dia, jika anda memiliki anak patung (teday bear) peluklah ia dengan erat. Begitu juga jika anda mempunyai haiwan peliharaan seperti kuching anda juga boleh memeluk atau mengusap ia. Dengan cara ini ia dapat meredakan sedikit tekanan atau kemarahan anda.
    7. Lavender. Bagi yang suka pada aroma terapi minyak lavender amat sesuai sekali untuk meredakan tahap stress anda. Ini kerna minyak lavender dikenali sebagai herba penenang yang boleh mengurangkan atau mensurutkan stress anda. (Selalunya ia diamalkan pada waktu malam).
    8. Kasih sayang. Terapi yang mudah kita dapat melalui kawan-kawan, anak-anak atau pasangan kamu (yang berkahwin), anak saudara, ibu bapa. .Dengan adanya kasih sayang dari mereka-mereka inilah sumber kekuatan anda pasti tidak akan susut kerana sebenarnya anda tidak berseorangan didunia ini.
    9. Allah. Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..
    Ceria. Janganlah bebankan fikiran dengan semua perkara yang ada disekeliling anda setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita hidup didunia ini hanya untuk sekali sahaja jadi, nikmatilah hari ini dengan seadanya.
     

    CARA MENGATASI MARAH ATAU PANAS BARAN

    Cara mengatasi perasaan marah atau panas baran
    Sifat pemarah dan panas baran adalah suatu emosi yang kadang-kadang berlaku kepada manusia biasa. Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.

    Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
    1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

    2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

    3. Minum air.

    4. Mendiamkan diri ketika marah.

    5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan

    6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

    7. Berfikiran positif.

    8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.

    9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

    10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

     
    Salam sejahtera... buat pelajar semua.... apa khabar.. kita masih berada dalam suasana raya, walaupun telah sampai di penghujung syawal.... Kepada pelajar tingkatan 5 yang masih menghadapi peperiksaan percubaan SPM, pastikan anda tenang ketika menjawab soalan. Pastikan kesihatan anda dijaga, jangan berjaga lewat malam mengulangkaji pelajaran sehingga anda terlewat bangun untuk ke sekolah. Tidur yang cukup amat penting supaya anda kekal segar ketika menduduki peperiksaan.

    Pelajar tingkatan 3 pula masih lagi menduduki peperiksaan Gerak Gempur dan akan tamat pada esok hari.  Cuba lakukan yang terbaik... anda usaha, anda dapat....

    Salam hari raya dan  salam kemerdekaan.

    HARGAILAH NIKMAT KEMERDEKAAN YANG KITA MILIKI HARI INI... JANGAN LAKUKAN SESUATU YANG BOLEH MEROSAKKAN MASA DEPAN ANDA.. JAGA MARUAH DIRI, KELUARGA, AGAMA, BANGSA DAN NEGARA...

    Tuesday 4 September 2012

    ADAB DALAM KELAS

    ADAB DI DALAM KELAS :
    1. Membaca doa sebelum memulakan pembelajaran.
    2. Bertertib dan duduk dengan sopan.
    3. Mendengar penerangan guru dengan teliti.
    4. Mewujudkan persaingan sihat semasa aktiviti pembelajaran.
    5. Sentiasa bersabar ketika belajar.
    6. Sentiasa mengulang kaji pelajaran semasa ketiadaan guru.
    7. Sentiasa menghirmati guru yang mengajar.
    8. Mencatatkan nota atau fakta penting tentang pelajaran.
    9. Tidak berbuat bising semasa ketiadaan guru.
    KEBAIKAN YANG ANDA PEROLEHI :

    1. Mendapat keberkatan
    2. Anda disenangi oleh guru dan rakan-rakan
    3. Mudah memahami pelajaran dan menerima ilmu yang diajar oleh guru.



    Sebenarnya, yang paling utama kita kena beri tumpuan pada guru mengajar. Jangan bercakap, jangan bermain... Atau janganlah nak buat-buat dengar atau faham. Bila guru bertanya.. lintang-pukang lah tak tahu jawab....
     

    Monday 3 September 2012

    12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya – Tingkatkan Kekuatan Emosi dan Keyakinan Diri Anda

    12 Kata-kata Motivasi Yang Memperkasa dan Memperkaya.
    Apa kata-kata anda dan strategi anda bagi membina kekuatan dalaman diri anda apabila anda rasa tertekan, gagal atau lemah? Ketika anda rasa risau, rasa was-was atau tidak yakin, gementar atau takut, apa kata-kata terhadap diri anda yang anda boleh gunakan untuk menghadapi segala arus negatif dan gelap itu?

    Berikut adalah 12 pilihan kata-kata motivasi, keyakinan, kekuatan dalaman dan kata-kata yang boleh menguatkan kekuatan jati diri yang dipilih dari lebih 2000 kata-kata motivasi dan semangat. Bacalah dengan mata fikiran, dan biarkan setiap satu darinya memberi kekuatan dan semangat kepada anda. Cuba hayati maknanya:

    1. Esok jadi tahun – Jika anda boleh lakukannya sekarang, ambilnya dan – Buat!
    2. Apa yang anda hendak takutkan? 'Ahh.. tidak tahulah saya boleh lakukannya atau tidak', mungkin itu yang anda kata. Baiklah. Itu bukan bermakna anda 'tidak boleh', itu hanya bermakna yang anda hanya tidak tahu bahawa anda boleh lakukannya atau tidak. Jadi bagaimana untuk tahu anda boleh buat atau tidak? Anda lakukan sahaja! Ayuh, sahabatku – Lakukannya!!
    3. Adakah kamu sebatang pokok yang memerlukan 'hutan'? Atau, kamu mahu berdiri sendirian?
    4. Di mana kamu bermula bukanlah satu isu – di mana kamu berakhir…ya.
    5. Biar diri kamu yang sebenar menyinar - "Dan diri kamu yang sebenar sedang berada di dalam hati kamu, hanya menanti waktunya untuk tampil ke depan...dan dia adalah sekuat dirinya yang bersuara itu – Bagaimana dia telah menyentuh hidup kamu, bahkan, telah menjadi hidup kamu? Jadilah diri kamu sendiri, percayakan diri kamu, dan turuti apa yang kamu rasakan dan fikirkan betul di dalam hati kamu… Kamu akan dapati kamu yang sebenar di dalam diri tidak akan sekali-kali mengecewakan kamu; dia hanya lakukan apa yang betul, dan apa yang diperlukan oleh kamu...selalu..."
    6. Kecantikan kamu juga tersemat bersama sentuhanmu, keprihatinanmu, belas kasihanmu, senyumanmu, pandanganmu yang baik dan positif yang telah kamu berikan kepada yang lain, kemahuanmu untuk melakukan sebagaimana kamu mahu diperlakukan – dan kemesraan dan kesejatian rasa yang kamu labuhkan, dan hulurkan tanpa bayaran kepada yang lain...dan kamu lihatlah sendiri, cantik bukan rupa sahaja, cantik sebenarnya datang dari jiwa.
    7. Sepanjang perjalanan ini kamu akan temui kekuatan, kamu akan temui dan bina kebolehan diri, kamu akan kenali kuasa diri dan kamu akan lebih mengenal lebih banyak tentang diri kamu. Sebagaimana perjalanan itu berterusan, begitulah juga dengan penemuannya.
    8. Gerakkan diri kamu dari dalam, dan terus gerakkannya sehinggalah kamu tiba – kerana hanya satu jalan sahaja untuk mendapatkan apa yang kamu mahukan, ia adalah dengan terus berusaha, terus 'mahu'…dan terus berjuang!
    9. Saya tidak boleh membuat kesilapan dalam saya berusaha untuk maju, meningkatkan diri, dan berjaya dengan jayanya; saya hanya membuat kesilapan, jika saya tidak membuatnya!
    10. Kamu mungkin tidak sehebat yang kamu mahukan…tetapi kamu sememangnya sudah cukup kuat SEKARANG!!
    11. Apa yang mereka tahu? Adakah sang burung risau tentang apa yang bakal mereka makan setiap hari – atau dapatkah mereka makan hari ini? Adakah mereka merasa risau di mana mereka bakal tidur setiap hari – atau di mana mereka hendak tuju jika dan bila hujan mulai turun? Adakah mereka risau tentang bagaimana, dan di mana mereka hendak membuat sarangnya – atau tentang mampukah mereka memberi secukupnya makan kepada anak-anak mereka? Risau? Aduh – sang burung memulakan hari-hari mereka dengan menyanyi setiap hari – betul bukan?!! Perhatikan burung itu, dan apa yang kamu rasa burung itu faham yang kamu tidak faham?
    12. Andai hidup itu sememangnya sangat sukar dan 'mustahil', kamu tentu sudah 'putus asa' sekarang, betul? Tetapi kamu tidak. Dan jika didalam kotak fikiran kamu masih ada kemahuan, dan maka kamu, boleh berubah, harapan yang ianya akan berlaku, dan kemahuan untuk melakukan apa yang anda termampu, maka ia akan berubah… Apa pendapat kamu tentang kenyataan ini nyatakan tentang hidup, dan KAMU?

    SUMBER : http://www.macam-2.com/2010/02/12-kata-kata-motivasi-yang-memperkasa.html

    PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

    35 Petua Pelajar Cemerlang dari Dr Fadzilah Kamsah

    Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
    1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
    2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
      • kita ingat 10% apa yang dibaca
      • kita ingat 20% apa yang didengar
      • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
      • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
      • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
    3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
    4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
      ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
    5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
      • pastikan cahaya adalah terang
      • kurangkan gangguan bunyi
      • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
      • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
      • kerusi dan meja menghadap kiblat
      • jangan lupa untuk senyum
    6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
    7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
    8. Tahu teknik merangsang memori:
      • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
      • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
      • mengingat kembali (recall)
      • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
    9. Sentiasa awal dan mendahului:
      • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
      • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
      • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
      • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
    10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
    11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
      • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
      • memberikan tumpuan sepanuhnya
      • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
      • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
    12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
    13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
    14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
    15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
    16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
    17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
    18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
    19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
    20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
    21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
    22. Tahu petua mengulang kaji:
      • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
      • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
      • duduk tegak dikerusi yang selesa
      • baca doa penerang hati
      • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
      • fikir dan ingat kembali isi utama
      • catat/lakar
      • semak semula ketepatan maklumat
      • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
      • buat rumusan
      • jawab soalan
      • tampal maklumat yang rumit di dinding
      • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
    23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
    24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
      • jangan makan kepala ikan
      • jangan makan organ dalaman
      • jangan minum semasa makan
      • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
      • jangan melihat kemaluan
      • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
      • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
      • banyakkan makan kekacang
      • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
      • jangan makan sehingga terlalu kenyang
      • jangan kencing berdiri
    25. Tahu kemahiran mengingat:
      • tampal nota-nota penting di dinding
      • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
      • gunakan kaedah akronim
      • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
      • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
    26. Cekap mengatur jadual belajar:
      • mempunyai jadual belajar
      • patuh kepada jadual
      • buat jadual yang boleh diikuti
    27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
    28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
    29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
    30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
    31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
    32. Pelbagaikan tempat belajar.
    33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
    34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
    35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
      • taat kepada Allah
      • mendirikan sembahyang
      • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
      • hormati & sayangi guru
      • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
      • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
      • membantu rakan yang memerlukan
      • berdoa dan bersyukur kepada Allah
      • sentiasa bertawakal
      • mahir dalam setiap mata pelajaran
    Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

    Sunday 2 September 2012

    Salam kemerdekaan...

    Pada khamis lepas, sekolah telah mengadakan sambutan PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2012 yang dianjurkan oleh unit HEM & Bidang Kemanusiaan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya Kawat Beruniform, Koir, Persembahan video kemerdekaan, Pentomen, Tarian tradisional, sajak berirama, nasyid, pertunjukan pakaian tradisional, dan lain-lain.

    Pada minggu ini pula diadakan GERAK GEMPUR PMR yang bermula pada hari ini sehingga hari Jumaat.  Diharap pelajar tingkatan 3 bersedia dan dapat menjawab dengan tenang.

    SEMOGA BERJAYA!!!!

    Monday 27 August 2012

    SALAM KEMERDEKAAN YANG KE 55

    Kepada pelajar yang disayangi, sila layari website ini : http://www.malaysiamerdeka.gov.my

    SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA!!! HARGAILAH KEMERDEKAAN YANG KITA KECAPI HARI INI... ANDALAH PEWARIS MASA DEPAN NEGARA....

    PEJUANG KEMERDEKAAN

    Pejuang Kemerdekaan

    Antanom

    Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan "Masinpunon" sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan. Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau dikenali dengan istilah " Pengayau ".

    Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan semangat sedia berkorban telah disemai dalam hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi keluarga dan kaumnya.
    Perwatakan Antanom/Ontoros yang berbadan tegap berambut panjang itu, bila lengkap berpakaian tradisi, bercawat dengan tombak ditangan dan Pailang tersisip dipinggang, dia kelihatan gagah dan mengerunkan. Sikapnya tegas dan tenang dalam menghadapi bahaya. Bila dia telah memutuskan sesuatu, dia akan kotakan kata-katanya dan bertindak dengan penuh keazaman.

    Antanom dikagumi bukan saja kerana kehebatannya menggerakkan pemberontakan menentang Kompeni Inggeris itu, tetapi lebih kepada kewibawaannya menyatupadukan kaumnya yang ketika itu sedang dilanda sengketa dan perpecahan. Inggeris sendiri mengakui keistimewaan Antanom mendamai dan menyatupadukan suku-suku Murut yang bermusuhan itu.

    Faktor yang menyebabkan tercetusnya penentangan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris didorong oleh beberapa sebab yang telah terkumpul dan menjadi bara. Sejak tahun 1909 gerakan menentang Inggeris sudah dimulakan oleh kaum Murut, tetapi setelah dua orang pemimpinnya terbunuh, Linggam dan Melayak, gerakan penentangan itu terhenti buat sementera waktu.

    Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu telah terganggu.

    Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai langkah menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di kubu induk mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.

    Haji Abdul Rahman Abdul Hamid

    Haji Abdul Rahman Abdul Hamid atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Limbong atau Abdul Rahman Limbong merupakan salah satu nama besar dalam sejarah Melayu Terengganu.

    Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai "Pemberontakan Tani Terengganu", Tok Limbong juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya dan seorang petani yang gigih.

    Beliau juga pernah tampil untuk membela sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh keluarganya ke Mekah.

    Sebelum terbabit dengan kebangkitan penduduk menentang British, Tok Limbong yang dilahirkan sekitar 1880-an di Kampung Beladau Kolam, Kuala Terengganu, meluangkan sebahagian besar masanya mengendalikan perniagaan di pesisiran Laut China Selatan dan mengajar agama di beberapa tempat, termasuk di sebuah surau di Kampung Kubang Kurus, dekat Kuala Terengganu.

    Walaupun surau berkenaan tidak lagi wujud, penduduk setempat mengabadikan sebuah perigi lama di sebelah bekas tapak surau itu dengan nama "Telaga Limbong" kerana air perigi itulah digunakan Tok Limbong untuk bersuci diri setiap kali berada di kampung itu.

    Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar 1921.

    Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk patinya.

    Tok Gajah

    Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah Inggeris. Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

    Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisahan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad. Beliau juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.

    Golongan ketiga di negeri Pahang yang menjadi pemilik tanah yang penting dan berkuasa di kawasan-kawasan tertentu dikenali sebagai Orang Besar Raja. Golongan ini juga merupakan orang kesayangan istana tetapi bukan berketurunan bangsawan dan dinaikkan pangkat berdasarkan kepada kecekapan serta kemahirannya dalam bidang ketenteraan.

    Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil merupakan dua orang tokoh yang terpilih mengikut kategori tersebut. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.

    Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia (http://sejarahmalaysia.pnm.my)
     
    SUMBER : http://www.malaysiamerdeka.gov.my

    SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM

    Hari ini merupakan hari pertama PPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012... Jadual peperiksaan pagi ini ialah kertas Bahasa Melayu 1.... Semoga pelajar dapat menjawab soalan dengan tenang.

    ALL THE BEST....

    Sunday 26 August 2012

    ERTI KEMERDEKAAN

    Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

    Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.

    Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

    Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

    Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

    Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

    Menyelami erti kemerdekaan dengan menyusuri lembaran sejarah bangsa akan menyedarkan seluruh rakyat betapa perjuangan kemerdekaan tidak pernah terhenti. Seharusnya kegemilangan ini menjadi pemangkin kepada generasi baru negara untuk meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai. Pengorbanan generasi terdahulu perlu menjadi inspirasi untuk kita terus berusaha gigih menjadi bangsa yang maju dan moden.
     
    SUMBER : http://www.malaysiamerdeka.gov.my/v2/ms/sejarah/sejarah-kemerdekaan

    SAMBUTAN KEMUNCAK KEMERDEKAAN

    Salam kemerdekaan....

    Hari khamis ini akan diadakan sambutan kemuncak kemerdekaan... aktiviti akan diadakan di dewan besar... nanti cikgu updatekan pengisian program tersebut nanti....

    SALAM KEMERDEKAAN....

    PERCUBAAN SPM 2012

    Salam sejahtera dan selamat hari raya.....

    Hari ini merupakan hari pertama persekolahan selepas kita bercuti seminggu menyambut hari raya. Esok pelajar tingkatan 5 akan menduduki peperiksaan  percubaan SPM. Diharap agar para pelajar bersedia dan dapat menjawab peperiksaan dengan tenang. Sila jaga kesihatan anda....

    SEMOGA BERJAYA!!!!

    Sunday 12 August 2012

    SELAMAT HARI RAYA

    Tujuh Tips Peperiksaan
    Peperiksaan adalah medan ujian bagi setiap orang, tak kira kecil atau besar. post kali ini menekankan lagi tips peperiksaan dan fokus kepada persediaan menghadapi peperiksaan.antaranya:
    1. Semak jadual

    Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

    Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

    2. Kunci peperiksaan

    Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

    Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

    3. Tentukan keutamaan

    Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

    Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

    4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

    Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

    Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

    5. Merancang persiapan peperiksaan

    Ada 3 perkara yang perlu diamalkan calon bagi mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

    a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, rajin,kuat dan tambahkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

    Selain di sekolah/ipt/rumah/asrama, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja anda berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

    Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda akan jatuh sakit.

    Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa sihat dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di kelas mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah/asrama. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

    Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

    Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
    Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

    b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

    Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

    Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

    Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

    Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

    Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

    Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

    Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

    c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

    Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

    Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

    6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

    Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

    7. Berdoa dan bertawakal

    Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

    semoga tips yang diberikan sedikit sebanyak membantu anda menghadapi peperiksaan dengan tenang. kata-kata motivasi: "Usaha Tangga Kejayaan"
    salam sukses!

    Sumber : http://www.tipspeperiksaan.info