Sunday 20 July 2014

BULAN RAMADHAN TAHUN 2014

Salam Ramadhan untuk semua yang beragama Islam,

Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Berpuasa (walaupun dah lewat) dan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.  Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berkesemapatan menyambut bulan ramadhan.  Semoga ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.

Pada hari ini, telah diadakan Pelancaran Program Untukmu Palestin peringkat sekolah yang dijalankan pada waktu perhimpunan di Dataran Penyayang.  Guru dan murid dialu-alukan untuk menderma bagi mengisi tabung kemanusiaan Palestin.  Bersama-samalah kita membantu rakyat Palestin mengharungi kegetiran yang sedang melanda Negara mereka.  Hargailah keamanan dan keharmohian yang kita kecapi hari ini.

Kepada pelajar tingkatan 5, sambutlah raya kali ini dengan bersederhana kerana anda bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM yang bakal berlansung selepas cuti hari raya.  Ingatlah pengorbanan dan usaha anda hari ini adalah penentu masa depan anda.

Juga kepada pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki ujian PT3, semoga bersedia...

dan juga jangan main mercun... hati-hati di jalan raya.......

Salam maju jaya untuk semua.

Monday 27 January 2014

Cuti Tahun Baru Cina

Salam pagi...

Sekolah kita akan bercuti sempena Tahun Baru Cina.... Mulai Khamis ini sehingga 4 Februari 2014 (Selasa). Selamat bercuti dan manfaatkan masa cuti ini dengan perkara yang berfaedah. Jangan terlibat dengan aktiviti yang merugikan.

Kepada yang akan menduduki peperiksaan tahun ini, gunakan masa yang ada untuk buat ulangkaji untuk pelajaran tahun lepas.

SELAMAT BERCUTI... DAN SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH NANTI.

Sunday 19 January 2014

SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN KE MRSM TINGKATAN SATU - 2014

Pelajar boleh menyemak Tawaran Kemasukan ke MRSM Tingkatan Satu 2014 di website www.mara.gov.my .  Tahniah kepada yang Berjaya menempatkan diri di MRSM.  Tarikh pendaftaran adalah pada 3 Februari 2014.

Pastikan anda mencetak surat tawaran dan sediakan segala dokumen yang diperlukan sewaktu hari pendaftaran nanti.  Pastikan anda telah bersedia dari segi mental, fizikal, emosi dan sebagainya kerana anda bakal menempuh dunia baru iaitu alam persekolahan sekolah berasrama penuh.

Semoga anda berjaya menyesuaikan diri di sekolah baru ye....

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah akan diadakan pada hari Jumaat ini di dewan. Sama-samalah kita menghayati sirah perjuangan Rasullulluah s.a.w. Pastikan anda hadir ye...

PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 2014

Salam hormat, mulai 20 Januari 2014 perhimpunan rasmi mingguan (setiap hari Isnin) akan diadakan di dewan.  Mohon kerjasama semua pelajar untuk bergerak terus ke dewan untuk perhimpunan rasmi tersebut.  Pastikan anda berpakaian kemas mengikut peraturan sekolah.

Harap maklum dan terima kasih.

SEMAKAN TAWARAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH TINGKATAN EMPAT 2014

Salam sejahtera,

Kepada anak murid yang ada memohon ke SBP, anda boleh menyemak keputusan tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan Empat di website KPM .www.edu.gov.my

Tahniah kepada yang berjaya ye!!!

SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ VOKASIONAL/SEK MEN TEKNIK 2014

Salam hormat,'

Kepada anak murid yang ada memohon ke Kolej Vokasional/Sek Men Teknik, anda boleh menyemak keputusan tawaran kemasukan dalam website www.moe.gov.my.

Tahniah kepada yang berjaya ye!!!