Sunday 20 July 2014

BULAN RAMADHAN TAHUN 2014

Salam Ramadhan untuk semua yang beragama Islam,

Dikesempatan ini cikgu ingin mengucapkan Selamat Berpuasa (walaupun dah lewat) dan Selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.  Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih berkesemapatan menyambut bulan ramadhan.  Semoga ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t.

Pada hari ini, telah diadakan Pelancaran Program Untukmu Palestin peringkat sekolah yang dijalankan pada waktu perhimpunan di Dataran Penyayang.  Guru dan murid dialu-alukan untuk menderma bagi mengisi tabung kemanusiaan Palestin.  Bersama-samalah kita membantu rakyat Palestin mengharungi kegetiran yang sedang melanda Negara mereka.  Hargailah keamanan dan keharmohian yang kita kecapi hari ini.

Kepada pelajar tingkatan 5, sambutlah raya kali ini dengan bersederhana kerana anda bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM yang bakal berlansung selepas cuti hari raya.  Ingatlah pengorbanan dan usaha anda hari ini adalah penentu masa depan anda.

Juga kepada pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki ujian PT3, semoga bersedia...

dan juga jangan main mercun... hati-hati di jalan raya.......

Salam maju jaya untuk semua.