1. Buat
ulangkaji setiap hari (sekarang minggu ulangkaji) lebih-lebih lagi untuk subjek
teori. Subjek pengiraan pun kena buat latihan setiap hari. Jangan tunggu 'last
minute' baru nak baca itu nak baca ini. Pada masa tersebut, anda hanya akan
berasa 'Ya Allah, banyak lagi aku tak cover!!!' Semua ini hanya akan menyebabkan
'jiwa anda kacau bilau'.
2) Susun jadual ulangkaji dengan baik. Mula buat ulangkaji dengan 'paper' yang paling akhir dan diikuti dengan 'paper' yang paling awal. Jadi lagi 3-4 hari nak 'exam', anda sudah mula mengadap 'paper' pertama dan pada masa yang sama subjek-subjek lain, anda dah mula buat 'revision'. Lepas 'paper' pertama, tinggal nak 'recall paper' yang seterusnya pula.
3)
Tidur awal tetapi dengan niat akan bangun pada waktu sepertiga malam untuk
ulangkaji. Kemudian sebelum memulakan sesi ulangkaji, solat Tahajud 2 rakaat
dahulu diikuti dengan solat Hajat memohon kepada Allah agar dilapangkan dada
supaya bisa menerima ilmu yang dipelajari dan diberi kefahaman yang baik. kalau
tak biasa memang susah, tapi kalau boleh atasi rasa malas dan susah tersebut,
itu juga satu kejayaan kepada anda dalam perjuanagn melawan nafsu. Amalan yang
susah tetapi baik untuk kehidupan kita jika dilakukan setiap hari insyaAllah ada
keberkatannya. Belajarlah sehingga waktu Subuh dan tunaikanlah solat Subuh.
Ingat! Tak guna anda berjaga sampai lewat malam untuk mengulangkaji pelajaran
sehingga akhirnya tertidur dan terlepas Subuh.
4)
Tinggalkanlah aktiviti gosip, sembang-menyembang, menonton movie, window
shopping, tidur yang keterlaluan, sering ke kantin dan apa sahaja aktiviti yang
dianggap membuang masa kerana masa anda pada saat-saat akhir ini sangatlah
terhad. Berdampinglah dengan buku ke mana sahaja anda pergi. Hormatilah rakan
yang hendak 'study' jika anda sudah bosan 'study'.
5) Tips
yang ini paling penting. Jaga KESIHATAN diri sendiri. Jangan 'study' sampai lupa
nak makan. Lepas tu kena gastrik, diri sendiri juga yang susah Kalau diri tidak sihat tatkala tiba hari
peperiksaan, sayang seribu kali sayang, fokus anda pasti hilang semasa sedang
menjawab peperiksaan. Maka tiada nikmat yang lebih baik yang harus kita syukuri
selain daripada nikmat KESIHATAN. Jadi jangan cari penyakit!!!
No comments:
Post a Comment