Saturday 30 March 2013

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014

Pengumuman Terkini

Permohonan Mengikuti Pengajian di Institusi Pengajian Tinggi di Timur Tengah Bagi Sesi 2013/2014

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MESIR

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan, Pergigian & Farmasi
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi 8 Kepujian dengan mendapat sekurang-kurangnya B4 (SPM sebelum tahun 2009) atau B (SPM tahun 2009 dan selepasnya) dalam Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah
Borang Permohonan Pengajian Mesir BORANG KPT/PERUBATAN/MESIR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)                
2.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
2.1    Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperoleh sekurang-kurangnya pangkat MAQBUL dengan syarat sijil STAM tidak melebihi 3 tahun
DAN
Lulus Imtihan Qabul (IQ)
Borang Permohonan Pengajian Islam di Univerti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013-i boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)              
2.2    Pengajian Qiraat
Mempunyai Diploma Qiraat dengan syarat sijil / diploma tidak melebihi 3 tahun
Borang Permohonan Pengajian Islam (Qiraat) di Universiti Al-Azhar, Mesir BORANG KPT/AL-AZHAR/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)          
3.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI JORDAN

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Jordan peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1       Perubatan & Pergigian
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi Purata Peratusan Markah  sekurang-kurangnya 90% bagi keseluruhan mata pelajaran SPM  termasuk lima (5) mata pelajaran sains (Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, dan Matematik Tambahan)
ATAU
Memperolehi sekurang-kurangnya A- bagi semua mata pelajaran di peringkat SPM termasuk mata pelajaran Bahasa Arab
1.2       Pengajian Islam
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya kepujian (Gred B+) dalam mata pelajaran Bahasa Arab dan mata pelajaran yang berkaitan dengan Pengajian Islam
DAN
memperolehi kepujian bagi mata pelajaran yang lain di peringkat SPM
Borang Permohonan Pengajian Jordan BORANG KPT/JORDAN/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)               
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

SYARAT PERMOHONAN KE UNIVERSITI DI MAGHRIBI

1.           Pemohon yang ingin mengikuti pengajian universiti di Maghribi peringkat ijazah pertama hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia seperti berikut:
1.1    Pengajian Islam        
Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 memperoleh sekurang-kurangnya lima (5) Kepujian; dan mendapat gred B bagi subjek Bahasa Arab. Pelajar yang tidak mempunyai keputusan SPM 2012 TIDAK LAYAK untuk memohon.
Borang Permohonan Pengajian Maghribi BORANG KPT/MAGHRIBI/2013 boleh dimuat turun disini (SILA KLIK DI SINI)            
2.           Semua pemohon yang memenuhi syarat perlu menghadiri Program Transformasi Mahasiswa ke Luar Negara anjuran KPT yang akan dikendalikan oleh Biro Tatanegara

Borang permohonan serta dokumen sokongan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada Bahagian ini pada atau selewat-lewatnya 31 MEI 2013 (Jumaat) di alamat berikut;

Pengarah
Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4 No 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 PUTRAJAYA

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di talian:
03-8870 6622 – Mariatul Zahira Binti Yahya
03-8870 6611 – Siti Zubaidah Binti Che Daud

SUMBER : http://www.mohe.gov.my/portal/pengumuman-terkini-selanjutnya/1536-permohonan-mengikuti-pengajian-di-institusi-pengajian-tinggi-di-timur-tengah-bagi-sesi-2013-2014.html

No comments:

Post a Comment