STRATEGI MENINGKATKAN
DAYA INGATAN.
Pendahuluan
Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak
terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan.
Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat
melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi
cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya
ingatan.
•Minat terhadap apa yang dipelajari.
Ini
adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat
sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang
meminati apa-apa yang yelah dipelajari.
•Belajar dengan tujuan untuk mengingat.
Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar
sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda
su-dah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan
mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh de-ria
anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat
mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.
•Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.
Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.
•Fahami dahulu sebelum mengingat.
Anda
perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat
terse-but di simpan dalam ingatan.
•Menyusun ingatan secara logik.
Lebih
mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam
satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah
kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang
lain.
•Mengingati fakta dalam satu rangkaian.
Biasanya adalah lebih mudah untuk mengi-ngat sesuatu fakta,
maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat
antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mu-dah jika satu-satu fakta itu
dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.
•Latih tubi dan ulang berkali-kali.
Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati
selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses
ingatan.
•Menilai kembali apa yang dipelajari.
Anda
perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda terhadap maklumat yang
dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan
perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda
boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman
ingatan anda.
•Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.
Anda
akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang
dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :
Boleh
dipecahkan kepada : 57-76-242
Boleh
diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)
Umur
nenek (76)
Nombor rumah (242)
•Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadi-kan perkataan atau bunyi yang senang dikenali.
Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.
•Kaedah-kaedah lain :
i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari
dalam bentuk mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.
Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala
Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.
Boleh
diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan Makan,
Sakit!
ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai
maklumat yang perlu diingati.
Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN,
KEJORA dan sebagainya.
Rumusan :
Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk
menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi
perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran be-lajar
bukan sahaja membantu memper-tajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan
kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar
dengan bersistem dan de-ngan itu seluruh sistem pem-belajaran akan berjalan
dengan lebih lancar dan terarah.
Apa
yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya haruslah
memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan untuk menuju ke arah
itu. Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah mem-punyai peranan yang paling
istimewa dalam menyalur-kan keyakinan dan meniupkan semangat supaya
pelajar-pelajar itu terus terangsang.
Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu
membantu pelajar untuk berjaya. Selamat Berjaya!
Sumber : http://www.bm.cemerlangbm.com/
No comments:
Post a Comment