Thursday 16 May 2013

SELAMAT HARI LAHIR...

Diucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada semua murid dan guru yang menyambut hari lahir pada bulan Mei ini.

Semoga anda semua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda...

SAYANGGGG ANDA SEMUA...

PROGRAM CEKAP / JIMAT TENAGA 1 MALAYSIA 2013

Majlis Pelancaran Program Cekap/Jimat Tenaga 1 Malaysia 2013 telah diadakan pada 7 Mei yang lalu di dewan SMK Cyberjaya pada jam 12.30 tengahari.

Objektif program ini dilaksanakan ialah :
1. Mendedahkan dan menanam erti pelbagai nilai murni iaitu sikap berjimat cermat.
2. Menggalakkan penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan murid di sekolah seperti menutup lampu / pili air yang terbuka apabila tidak digunakan serta menerapkan nilai menggunakan tenaga elektirik dan air secara minimum.
3. Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku warga sekolah dalam kehidupan seharian.

Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program ialah :
1. Majlis Pelancaran dan Penutupan
2. Pelantikan AJK Tertinggi Program
3. Pertandingan Cekap Tenaga antara kelas mingguan.
4. Anugerah Kelas Cekap Tenaga Bulanan
5. 'Earth Hour' 8.00 - 9.00 pagi
6. Pertandingan Melukis Poster
7. Sudut Info Buletin (kelas)
8. Buletin mingguan
5 Minit Cekap Tenaga

Semoga pelajar memberikan kerjasama untuk bersama-sama menjimatkan tenaga air dan elektrik.

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6

Pelajar baru tingkatan 6 bawah telah melapor diri pada 8 Mei yang lalu sebagai pelajar pra U di sekolah kita.  Maka bermulalah MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 6 bermula pada 8 Mei sehingga 21 Mei ini.  Diucapkan selamat datang kepada pelajar semua.  Semoga anda akan terus cemerlang dalam peperiksaan STPM yang bakal ditempuhi tahun hadapan.

Sistem baru STPM yang diperkenalkan tahun lalu iaitu SISTEM MODULAR sebenarnya memberikan kelebihan kepada pelajar untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi nanti.  Sila layari website Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) untuk butiran lanjut.

SEMOGA ANDA TERUS CEMERLANG... JUMPA ANDA DI PUNCAK JAYA

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN..

Exam... oh.. exam...

Minggu ini merupakan minggu kedua PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN bagi tingkatan 4 & 5.  Manakala pelajar tingkatan 1 - 3, peperiksaan anda bermula pada minggu ini.  Semua peperiksaan akan berakhir pada 23 Mei ini sebelum kita semua akan bercuti sekolah pada 25 Mei ini selama 2 minggu. 

Semoga pelajar tekun membuat ulangkaji pelajaran.  Pastikan anda menjawab dengan tenang.  Cikgu doakan agar anda semua mendapat markah peperiksaan lebih baik dari Ujian Mac yang lalu.

SEMOGA BERJAYA

SELAMAT HARI GURU TAHUN 2013

Ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia terutama guru-guru di SMK Cyberjaya.. Semoga guru-guru semua sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan anak didik bangsa kita. Semoga hasil usaha kita semua akan diberkati olehNya... amin..

Hayatilah sajak ini khas buat pendidik bergelar GURU :

SAJAK “GURU O GURU” – USMAN AWANG (1979)
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979