Tuesday 29 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA KALI KE 9 - 'JOM MASUK U' TAHUN 2013

Karnival Pengajian Tinggi Negara tahun 2013 telah diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 25 - 27 Januari yang lalu. Pelbagai program telah diadakan sempena karnival tersebut.  Pelajar juga diberi pendedahan tentang panduan mengemuka- kan PERMOHONAN DAN PEMILIHAN PROGRAM.

Berikut adalah maklumat penting yang perlu diketahui oleh para pelajar :
- Terdapat 20 IPTA di seluruh negara yang dibahagikan kepada 3 kategori :
a. UNIVERSITI PENYELIDIKAN (APEC) iaitu UM, UKM, UPM dan USM
b. UNIVERSITI KOMPREHENSIF iaitu UTM, UMS, UIAM, UNIMAS
c. UNIVERSITI BERFOKUS iaitu UUM, USIM, UPSI, UMT, UMP, UPNM, UTeM, UniMAP, UniSZA, UTHM, UMT, UMK

- Untuk program Ijazah, MUET diperlukan sekurang-kurangnya Tahap 1 namun ia berbeza mengikut keperluan kursus yang kompetetif iaitu perubatan, pergigian dan farmasi yang memerlukan sekurang-kurangnya Tahap 3 (MUET) manakala kursus Undang-undang dan TESL mesti mencapai Tahap 4.

- RU (Research University) diberi autonomi untuk meletakkan syarat dan kuota kemasukan seperti di Universiti Malaya semua program perlu melalui temuduga.

- Murid di aliran sains yang kredit dalam 4 mata pelajaran aliaran tersebut tidak boleh memohon program di aliran sastera begitu juga sebaliknya kecuali jika tidak kredit mata pelajaran tersebut (Math, Add math, Fizik, Kimia dan Biologi)

- Calon A-Level atau Diploma tidak boleh memohon program kompetetif iaitu Pergigian, Perubatan dan Farmasi

Tuesday 22 January 2013

KARNIVAL PENGAJIAN TINGGI NEGARA (KPTN) "JOM MASUK U" TAHUN 2013 DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Salam sejahtera,

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menganjurkan Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2013.  Berikut adalah butiran serta aktiviti bagi karnival tersebut :

Tarikh   : 26 - 27 Januari 2013 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Universiti Malaya Kuala Lumpur

Aktiviti Utama :
1. Pameran 1Dream2U
2. Pertandingan Peringkat Sekolah

Kepada pelajar yang berminat, anda boleh terus pergi ke Karnival tersebut.  Harap maklum

Sunday 20 January 2013

PENDAFTARAN DI KOLEJ VOKASIONAL/SMK TEKNIK

Salam sejahtera,

Hari ini merupakan pendaftaran bagi pelajar tingkatan 4 yang berjaya melayakkan diri di Kolej vokasional / SMK Teknik. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya!!! Teruskan usaha anda supaya memperoleh kecemerlangan pada masa hadapan.  Belajar rajin-rajin dan biasakan diri tinggal di asrama.  Inilah masanya untuk anda belajar berdikari, jauh dari keluarga.

Selamat maju jaya... Jumpa anda di puncak jaya!!!

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM 100.00 TAHUN 2013

Salam hormat,

Esok merupakan hari pemberian BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2013 kepada setiap pelajar sebanyak RM 100.00 seorang.  Ibubapa / penjaga diminta hadir pada jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang di dewan SMK Cyberjaya.

Harap maklum.

Sunday 6 January 2013

KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK SESI AKADEMIK 2013/2014

PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA DAN POLITEKNIK PREMIER PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM/SETARAF PERINGKAT DIPLOMA DAN PROGRAM ASASI SESI AKADEMIK 2013/2014

Semua kelayakan SPM/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier berdasarkan kelayakan dan minat calon dengan membayar wang proses sebanyak RM 10.60 untuk membeli Nombor Unik ID melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Nombor Unik ID ini boleh digunakan bagi mengemukakan 3 permohonan iaitu ke IPTA, Program Teknikal dan Latihan Vokasional di Politeknik dan Kemahiran di ILKA.

Laman web rasmi kemasukan http://upu.mohe.gov.my dan laman web JPK Agensi/Institusi Politeknik dan ILKA.

Nombor Unik ID adalah SULIT.  Dimaklumkan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf akan dibuka untuk capaian mulai 7 Januari hingga 15 April 2013.



PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2013

Semakan Vokasional 2013 : Keputusan PMR 2012 sudah pun diperoleh, jadi sekarang ini ada kalangan pelajar tingkatan 4 sedang menunggu-nunggu halatuju & bidang yang ingin mereka fokuskan selepas ini. Ada yang dah masuk SBP , ada yang masuk sekolah agama.
Sebelum ini ramai kalangan pelajar yang telah menghantar permohonan ke Kolej Vokasional (KV) bagi tingkatan 4 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Persoalannya sudah boleh semak keputusan Kolej Vokasional 2013 atau belum?
Jikalau pada semakan vokasional 2012, keputusan permohonan ke Kolej Vokasional diumumkan sebelum bermulanya sesi persekolahan. Walaubagaimanapun, kali ini berdasarkan maklumat yang kami perolehi, semakan Kolej Vokasional 2013 boleh mula dilakukan pada minggu hadapan iaitu dijangka :
 

Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:

  • Tarikh Semakan Vokasional 2013 : 11 Januari 2013
  • Hari : Jumaat
  • Masa : Bermula 8 malam

LINK Semakan Kolej Vokasional 2013 Tingkatan 4 :

  1. Semakan vokasional 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
  2. Laman web untuk semakan vokasional 2013 adalah di sini:

=> http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2013/

Dan dalam pada masa yang sama, para pelajar yang berjaya diterima akan menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran ke Kolej Vokasional
 
Andaikata anda ada sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kolej Vokasional, anda boleh cuba hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Rayuan Permohonan ke Kolej Vokasional Tingkatan 4

  1. Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan permohonan ke Kolej Vokasional
  2. Rayuan permohonan Kolej Vokasional boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional yang berkenaan.
  3. Keputusan rayuan Kolej Vokasional 2013 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.
 
 

MINGGU ORIENTASI TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 2013

MINGGUORIENTASI......

Pada minggu lepas, 2 hingga 4 Januari telah berlansung minggu orientasi untuk tingkatan 1 dan tingkatan 4.  Untuk tingkatan 1, minggu orientasi telah dijalankan di dewan SMKC manakala minggu orientasi pelajar tingkatan 4 dijalankan di bilik utiliti SMKC.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang minggu orientasi diadakan.  Majlis penutup Minggu Orientasi Tingkatan 1 dan 4  telah dijalankan serentak di dewan SMKC dan dirasmikan oleh Pengetua, Pn. Norma Daud.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2013

Salam hormat dan selamat pagi....

Hari ini cikgu baru berkesempatan untuk update blog ubk setelah cuti sekolah berakhir... Selamat datang tahun 2013 dan selamat kembali semula ke sekolah untuk semua pelajar SMK CYBERJAYA yang disayangi. Ucapan selamat datang kepada semua pelajar tingkatan 1 dan pelajar yang baru mendaftar di SMKC.  Semoga anda semua dapat menyesuaikan diri sekolah ini.

Untuk pengetahuan semua, sekolah kita telah menerima Pengetua yang baru iaitu Pn. Norma Bt. Daud. Pengetua terdahulu Datin Fuziah Bt. Mahmood telah bertukar ke Klang. Selamat datang diucapkan kepada puan pengetua yang baru.

Apa azam pelajar semua tahun ini? Pastinya azam anda untuk belajar lebih bersungguh-sungguh agar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhi terutama pelajar tingkatan 3, 5 dan 6. Belum terlambat cikgu ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar PMR 2012 yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang. Seramai 23 orang berjaya mendapat 'straight A'. Kepada yang mendapat keputusan PMR yang kurang memuaskan, jangan putus asa. Anda mesti kuatkan azam dan semangat agar mendapat keputusan yang baik dalam SPM.

Kepada yang pernah/selalu ponteng kelas, diharap agar anda perbaharui azam untuk tidak ponteng kelas lagi. Begitu juga yang kerap ponteng sekolah.  Hargailah masa-masa anda masih bergelar seorang pelajar.

Ok.... selamat maju jaya semua....!!!!!