Tuesday 31 July 2012

PONTENG SEKOLAH

UNTUK RENUNGAN BERSAMA .....................
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini telah sampai ke peringkat yang agak serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tentang masalah ini sehingga pada masa ini pihak guru serta ibu bapa berasa sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari masa ke semasa terutama bagi sekolah-sekolah di kawasan bandar. Dengan mengatasi masalah tersebut, ibu bapa, pihak sekolah dan pelajar memainkan peranan yang penting dan masalah ini harus dikenal pasti oleh mereka dengan segera supaya langkah-langkah untuk mengatasinya dapat dijalankan demi masa depan generasi pelajar kita pada masa akan datang.

Antara punca pelajar ponteng sekolah yang telah dikenal pasti ialah kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran kita yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, ekonomi dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri mereka sendiri. Alasan ini juga yang menyebabkan berlakunya kes ponteng yang banyak di kalangan pelajar yang lemah jika dibandingkan dengan pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

Dalam punca lain, pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka telah hilang pemerhatian, kasih sayang daripada ibu bapanya dan ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan menbuktikan keadaan tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam, masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian, anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka. Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka memonteng sekolah dan kesannya “kawan baru” ini akan mengajak mereka pergi ke tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan pelajarannya.

Selain itu, kemungkinan pelajar ponteng sekolah adalah kerana mereka lebih mementingkan keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di kalangan pelajar yang ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul di suatu tempat terutamanya pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan yang tidak terdapat di sekolah.

Terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Kesan yang dihadapi jika pelajar ponteng sekolah terutamanya adalah masa dan tenaga mereka akan dirugikan kerana masa yang dibazirkan tidak akan dipulang ataupun dikembalikan. Jika mereka dapat menggunakan masa mereka dengan baik iaitu tidak ponteng sekolah dan mementingkan pelajarannya, mereka akan berjaya dalam masa yang akan datang dan kerjayaannya dapat memberi kehidupan yang baik dan selesa kepada generasi seterusnya.

Kesan kedua yang dihadapi adalah masyarakat akan memandang rendah ataupun hina kepada mereka dan mereka akan memalukan maruah keluarga. Sebagai contoh, apabila seseorang ternampak sekumpulan pelajar tengah ponteng sekolah, satu-satunya pendapat terhadap pelajar tersebut adalah mereka adalah “” masyarakat kerana mereka tidak dapat memberi perkhidmatan kepada masyarat pada masa depan dan memarahi ibu bapa mereka kerana mereka tidak dapat mendidik anak-anaknya dengan baik dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai penjaga.

Kesan lain yang akan dihadapi adalah pelajar tersebut akan ditertawakan oleh rakan-rakan lain dan masa depan pelajar ini akan hancur kerana mereka tidak lagi dapat dipercayai oleh masyarakat dan negara akan kekurangan bakal peneraju yang berwawasan.

Dengan mengatasi masalah tersebut, ibu bapa haruslah sentiasa memgambil dan menberi perhatian kepada anak-anaknya supaya mereka dapat berkomunikasi bersama dan mengetahui keadaan anak mereka. Ini dapatlah ibu bapa menolong anak mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sama ada dalam pelajarannya ataupun masalah lain. Cara ini bukan sahaja dapat berjaya meluangkan masa kepada pelajar untuk berbincang bersama keluarga manakala ibu bapa juga dapat mendidik anak dengan memberi kasih sayang yang sepenuhnya. Jadi wujudnya semula fungsi “Rumahku Fungsiku” bukan lagi sebuah mimpi.

Dalam masa yang sama, pihak sekolah pula memainkan peranan yang penting dalam kes tersebut. Guru haruslah mengubahkan cara mendidiknya ataupun menambahkan sedikit hiburan supaya pelajar tidak dapat berasa bosan dan mereka dapat menikmati keseronokan dalam pelajaran. Dengan menolong pelajar yang selalunya lewat ke sekolah, pihak sekolah haruslah memberi kaunseling kepada pelajar, bukannya merotan mereka sebagai denda kerana tindakan tersebut mungkin akan memberi kesan yang negatif padanya. Sebaliknya, jika pelajar dapat dikaunselingkan, pihak sekolah dapat tahu sebabnya dan dapat memberi nasihat yang sewajarnya.

Walau bagaimanapun, masalah ini dapat dihadapi dengan berkesan jika pelajar itu sendiri faham tentang kesannya ponteng sekolah dan kepentingnya dalam pelajaran. Jika pelajar itu sendiri dapat memahami bahawa pelajarannya dapat membawa kajayaan dalam masa depan, kejayaannya akan memberi kemajuan kepada negara dan masyarakat akan berasa bangga kepadanya atas sumbangan yang beliau memberikan, beliau tidak akan poteng sekolah dan sebaliknya beliau akan belajar bersungguh-sungguh.

Kesimpulannya, jika watak-watak yang dinyatakan dapat bekerjasama dan bersama-sama menghadapi masalah ponteng sekolah ini, saya percaya bahawa kes ponteng sekolah dapat dihadapi dengan efektif dan peratusan berlakunya kes ini akan semakin berkurang. Dalam masa yang sama, orang yang berjaya dalam masyarakat akan turut bertambah, negara kita dapat dimajukan dan kita dapat mencapai Wawasan 2020 dengan lancar.
 

WELCOME HOME

Salam sejahtera,

Hari ni cikgu rasa gembira kerana beberapa pelajar yang telah lama 'tidak hadir' ke sekolah telah kembali semula ... tahniah cikgu ucapkan... diharap agar pelajar berkenaan teruskan sikap ini agar tidak ketinggalan dalam pelajaran.  Pelajaran amat penting untuk masa hadapan.  Sekiranya ada sebarang masalah, silalah datang ke bilik kaunseling atau anda boleh bercerita dengan mana-mana guru yang anda percayai...

kami sayang anda semua....

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Salam ramadhan,

Hari ini merupakan hari pertama percubaan PMR.  Kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 & kertas Sains 1. Semoga pelajar tekun menjawab soalan dan selamat berjaya!!!

Jaga kesihatan sepanjang minggu peperiksaan ini dan gunakan masa yang ada untuk mengulangkaji dan membuat latihan..... Kurangkan aktiviti yang boleh menjejaskan tumpuan pada percubaan pmr anda seperti facebook, twitter dan sebagainya.


Sunday 29 July 2012



Hari ini merupakan hari kesepuluh umat Islam berpuasa.  Tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi... Semoga kita bersama-sama menggunakan kesempatan dan peluang yang ada untuk meningkatkan amal ibadat di bulan yang mulia ini.

Kepada pelajar tingkatan 3, harap anda telah bersedia untuk peperiksaan percubaan yang akan bermula pada rabu depan dan berakhir pada 9 ogos.  GOOD LUCK!!!!

Tuesday 24 July 2012

Salam ramadhan,

Hari ini cikgu telah edarkan kepada semua kelas tingkatan 3 & 5 tentang 21 TEKNIK PEMBELAJARAN YANG BETUL DAN BERKESAN dan PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN.  Diharap agar pelajar sila baca dan cuba amalkan, insyaAllah anda pasti berjaya....

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3... Buat yang terbaik, yakin anda boleh, anda pasti boleh!!!!... dan jangan lupa jaga kesihatan.  Kurangkan aktiviti yang boleh menjejaskan tumpuan anda dalam mengunglangkaji pelajaran..

SEMOGA BERJAYA!!!!

GIVE.....

Monday 23 July 2012

ADAB DI DALAM KELAS

Kita hendak mengamalkan budaya menuntut ilmu dengan mengikuti segala adab yang telah digariskan di dalam kelas supaya dapat menyemai semangat cinta akan ilmu di dalam diri.

ADAB DI DALAM KELAS :

  1. Membaca doa sebelum memulakan pembelajaran.
  2. Bertertib dan duduk dengan sopan.
  3. Mendengar penerangan guru dengan teliti.
  4. Mewujudkan persaingan sihat semasa aktiviti pembelajaran.
  5. Sentiasa bersabar ketika belajar.
  6. Sentiasa mengulang kaji pelajaran semasa ketiadaan guru.
  7. Sentiasa menghirmati guru yang mengajar.
  8. Mencatatkan nota atau fakta penting tentang pelajaran.
  9. Tidak berbuat bising semasa ketiadaan guru.
KEBAIKAN YANG ANDA PEROLEHI :

  1. Mendapat keberkatan
  2. Anda disenangi oleh guru dan rakan-rakan
  3. Mudah memahami pelajaran dan menerima ilmu yang diajar oleh guru.



Sebenarnya, yang paling utama kita kena beri tumpuan pada guru mengajar. Jangan bercakap, jangan bermain... Atau janganlah nak buat-buat dengar or faham. Bila guru bertanya.. lintang-pukang lah tak tahu jawab....


STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN.


Pendahuluan

Manusia mempunyai keupayaan untuk me-ngingat yang agak terbatas. Tidak semua perkara yang memasuki ingatan kita kekal dalam ingatan. Akan tetapi, manusia boleh meningkatkan kema-hiran mereka untuk mengingat melalui latihan dan cara yang sistematik. Berikut disenaraikan cara dan strategi cara dan strategi yang boleh dicuba untuk meningkatkan daya ingatan.


Minat terhadap apa yang dipelajari.
Ini adalah syarat yang pertama. Kita tidak boleh memaksa otak untuk mengingat sesuatu yang tidak diminati. Proses mengingat akan lebih licin jika anda memang meminati apa-apa yang yelah dipelajari.


•Belajar dengan tujuan untuk mengingat.
Belajar dengan tujuan mengingat lebih baik daripada belajar sekadar untuk faham. Oleh itu, apabila anda belajar, dari awal-awal lagi anda su-dah bersedia untuk mengingati apa yang dipelajari. Dengan ini, anda akan mengingat secara spontan. Sebaik sahaja sesuatu maklumat diterima oleh de-ria anda dan kemudian disalurkan ke otak, secara automatik anda akan dapat mengingati kerana tujuan dan matlamat anda begitu jelas.


•Berikan tumpuan sepenuhnya semasa belajar.
Sama ada anda sedang mendengar guru mengajar atau anda sedang membaca, tumpuan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting. Daya ingatan berkait rapat dengan daya tumpuan. Semakin banyak tumpuan diberikan, semakin kuat daya ingatan anda. Ingatan mesti disengajakan dengan cara memberi tumpuan sepenuhnya kepada apa yang diajar atau disampaikan oleh guru.


•Fahami dahulu sebelum mengingat.
Anda perlu faham maklumat atau fakta yang akan diingati untuk memudahkan maklumat terse-but di simpan dalam ingatan.


•Menyusun ingatan secara logik.
Lebih mudah untuk mengingat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika dinyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mudah kika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.


•Mengingati fakta dalam satu rangkaian.
Biasanya adalah lebih mudah untuk mengi-ngat sesuatu fakta, maklumat atau perkara jika di-nyatakan dalam satu rumpun dan berkait rapat antara satu sama lain. Ingatan menjadi lebih mu-dah jika satu-satu fakta itu dapat dikaitkan dengan satu fakta yang lain.

•Latih tubi dan ulang berkali-kali.
Ingatan anda menjadi kukuh jika maklumat yang ingin diingati selalu diulang-ulang. Latih tubi dan ulangan akan mempercepatkan lagi proses ingatan.


Menilai kembali apa yang dipelajari.
Anda perlu menguji kembali ingatan dan ke-fahaman anda terhadap maklumat yang dipelajari. Cara yang berkesan ialah dengan menggunakan kaedah perbandingan dan perbezaan. Anda perlu membezakan maklumat yang betul dengan yang salah. Anda boleh menggunakan soalan-soalan seperti soalan objektif untuk menguji ketajaman ingatan anda.


•Mengguna dan mencuba apa yang dipelajari.
Anda akan lebih mudah mengingat pelajaran sekiranya anda sendiri mengamalkan apa yang dipe-lajari. Oleh itu, anda perlulah :
•Hubungkan pelajaran dengan perkara yangtelefon yang diberi dengan mengaitkan dengan fakta yang diketahui. Nombor telefon : 5776242
Boleh dipecahkan kepada : 57-76-242
Boleh diingat sebagai : Tahun kemerdekaan Malaysia (57)
Umur nenek (76)
Nombor rumah (242)

•Susun huruf-huruf tajuk sehingga dapat dijadi-kan perkataan atau bunyi yang senang dikenali.
Atau ambil dua huruf awal setiap perkataan dan mengingatkan fakta.

Kaedah-kaedah lain :
i. Mnemonik (menyusun semula apa yang dipelajari dalam bentuk mudah diingat dengan menggunakan kreativiti tersendiri.
Contohnya untuk menghafal nama-nama bandar seperti : Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta, Manila, Singapura.
Boleh diingat dengan mencipta ayat seperti berikut : Kalau Basi Jangan Makan, Sakit!
ii. Akronim (membuat kependekan kepada suatu senarai maklumat yang perlu diingati.
Kependekan seperti nama jabatan kerajaan seperti INTAN, KEJORA dan sebagainya.

Rumusan :

Kepintaran semulajadi sahaja tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu boleh berjaya dalam pelajaran. Kepintaran semulajadi perlu disokong dengan pelbagai kemahiran belajar. Kemahiran-kemahiran be-lajar bukan sahaja membantu memper-tajamkan dan memperkukuhkan kepintaran dan kebolehan semulajadi tetapi lebih daripada itu dapat meletakkan asas belajar dengan bersistem dan de-ngan itu seluruh sistem pem-belajaran akan berjalan dengan lebih lancar dan terarah.

Apa yang penting sekali ialah setiap pelajar yang ingin berjaya haruslah memperlengkapkan diri mereka sebelum menduduki peperiksaan untuk menuju ke arah itu. Ibu bapa, teman dan rakan sejawat perlulah mem-punyai peranan yang paling istimewa dalam menyalur-kan keyakinan dan meniupkan semangat supaya pelajar-pelajar itu terus terangsang.

Teguran, ingatan dan tiupan semangat sedemikian sudah tentu membantu pelajar untuk berjaya. Selamat Berjaya!

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM juga boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.
Sepertimana kita maklumi, kira-kira 3 minggu lagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan di adakan. ana percaya disaat ini pelajar-pelajar bertukus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persediaan untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan nanti.
Mungkin musim cuti ini ada sekolah membuat kelas tambahan, gerak gempur, bengkel dan sebagainya. Selain itu, ada juga pelajar-pelajar menghadiri tusyen sebagai persediaan dan persiapan diri untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Apapun gunakan masa cuti ini sebaik mungkin untuk mengulangkaji pelajaran supaya masa tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Dengan demikian, di sini kalam ini ingin berkongsi dengan pelajar-pelajar sekalian terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

http://ibnismail.wordpress.com/
TARIKH-TARIKH PEPERIKSAAN :

PMR 2012
09 - 11 Oktober 2012
15 - 16 Oktober 2012
(Ujian Bertulis)

SPM 2012 (Ulangan)
12 - 13 Jun 2012

SPM 2012
05 Nov - 06 Dis 2012
(Ujian Bertulis)

STPM 2012
05 Nov - 07 Dis 2012
PERCUBAAN PMR TAHUN 2012

Diucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki peperiksaan percubaan PMR pada 1 Ogos minggu depan.  Cyba buat yang terbaik dan jaga kesihatan anda sepanjang minggu peperiksaan dijalankan.

ALL THE BEST! YOU CAN DO IT!
Diucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada Pn. Ruzaimah yang telah berpindah ke PPD Sepang. Selamat maju jaya dan jangan lupakan kami warga SMK Cyberjaya.......
Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua muslimin dan muslimat dan semoga amalan kita di bulan yang mulia ini mendapat ganjaran pahala dari Allah s.w.t.

Monday 16 July 2012

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI KERJAYA SMK CYBERJAYA PADA 13 JULAI 2012






Kawan yang baik

KAWAN BAIK
Bukannya senang hendak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga hendak menjadi kawan yang baik.
Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.
Kawan yang baik tidak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk
membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.
Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tidak dapat diluahkan
kepada kawan biasa.
Kawan yang baik tidak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tidak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tidak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.
Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah
seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.
Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .
Kawan yang baik akan mem’post’ kan buletin ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita hendak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik…kepada kawan baik kita.
kita kawan kan?

Sumber : http://1khalifah.wordpress.com/tag/adab-berkawan/
Cikgu kongsikan di sini tentang 'bagaimana menguruskan stress'. Sila baca dan cuba untuk amalkan....

Bagaimana Menguruskan Stress

Assalamualaikum wbt…
Stres diistilahkan daripada tekanan atau desakan. Stres juga bermaksud bebanan, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, kemurungan dan hilang daya. Berikut adalah beberapa langkah yang disediakan untuk rujukan anda semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menguruskan dan mengurangkan stres yang anda hadapi.

BAGAIMANA MENGURUS STRES

LANGKAH PERTAMA[ Elak stres yang tidak perlu ]

Tidak semua tekanan boleh dielakkan, dan apatahlagi tekanan yang memerlukan untuk diselesaikan.
(a) Belajar untuk berkata ‘tidak’- Ketahui batas anda. Samada berkaitan dengan peribadi ataupun kerjaya anda, elakkan dariapda menerima tanggungjawab tambahan kerana mengambil lebih daripada kemampuan akan membuatkan anda lebih terekan.
(b) Elakkan individu yang memberi tekanan- Sekiranya seseorang itu secara berterusan menyebabkan tekanan dalam kehidupan anda dan anda tidak dapat mengelak daripadanya, maka hadkan masa yang anda luangkan bersamanya dan akhirilah hubungan anda dengannya.
(c) Kawal Persekitaran Anda- Sekiranya berita di televisyen petang itu membuatkan anda risau, tutupkan sahaja ia. Sekiranya kesesakan lalulintas memberikan tekanan kepada anda, bawalah bekalan makanan kegemaran anda bersama. Sekiranya anda tidak suka membeli belah dalam kesesakan, anda mempunyai pilihan untuk online shopping.
(d) Elakkan perbincangan panas – Sekiranya anda mudah naik marah terhadap isu berkaitan politik atau agama, hentikan sahaja perbincangan mengenainya. Sekiranya juga isu tersebut tercetus kembali bersama dengan orang yang sama, berhentilah daripada membincangkannya lagi dan mintalah diri.
(e) Kurangkan senarai tugas anda – Semak kembali jadual anda, tanggungjawab dan tugasan harian. Sekiranya anda mendapati ianya terlalu banyak, bezakan pula antara ‘harus’ ataupun ’mesti’. Letakkan tugas yang tidak berapa pentingitu ke tempat yang paling bawah ataupun padam terus secara keseluruhannya.


LANGKAH KEDUA [Ubah Situasi]

Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut, cubalah untuk mengubahnya. Hitungkan apakah perubahan yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan masalah ini di masa akan datang.
(a) Nyatakan dan luahkan daripada memendam perasaan – Sekiranya seseorang atau sesuatu itu memberi gangguan kepada anda, beritahu dan luahkan ia dalam keadaaan terbuka dan secara hormat. Andainya anda tidak menyuarakannya, kemarahan akan terjadi dan perkara tersebut akan berulang kembali.
(b) Sanggup berkompromi – Apabila anda meminta seseorang itu untuk mengubah tingkahlakunya, bersedialah untuk melakukan perkara yang sama.
(c) Mengurus masa dengan baik – Pengurusan masa yang lemah akan menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk. Sekiranya anda mempunyai masa yang lapang tetapi menyiapkan sesuatu tugas itu apabila masa telah menjadi sempit, ini menyukarkan anda untuk bertenang dan memberi tumpuan. Tetapi jika anda membuat perancangan yang teliti anda akan dapat mengelakkan tekanan tersebut.


LANGKAH KETIGA [ Menerima perkara yang anda tidak boleh ubah ]

Sesetengah perkara tidak mugkin dapat diubah. Anda tidak mungkin dapat mengubah atau menukar perkara yang memberi tekanan tersebut seperti kematian insan tesayang, penyakit yang serius dan sebagainya. Dalam perkara begini, cara terbaik ialah anda menerimanya dengan pemikiran terbuka. Pada permulaan memang agak sukar tetapi kelamaan anda akan biasa dengannya.
(a) Jangan cuba untuk mengawal perkara yang tidak boleh dikawal - Banyak perkara di dalam dunia ini diluar kawalan kita terutama sekali tabiat dan tingkahlaku manusia. Daripada anda tertekan dengan mereka, adalah lebih baik anda tumpu kepada perkara yang anda boleh kawal seperti anda memilih cara untuk bertindak dalam mengatasi masalah.
(b) Berkongsi perasaan anda – Berbuallah dengan sahabat yang boleh dipercayai ataupun membuat temujanji dengan pakar terapi. Luahkan apa yang sedang anda alami sekalipun anda tidak dapat mengubah situasi tekanan tersebut.
(c) Belajarlah untuk memaafkan – Terimalah kenyataan bahawa kehidupan ini tiada yang sempurna dan manusia selalu melakukan kesilapan. Lupakan segala kemarahan dan kekcewaan. Bebaskanlah dirimu daripada perasaan negatif dengan memaafkan.


LANGKAH KEEMPAT [ Hadapilah Tekanan ]

Sekiranya anda tidak dpat mengubah perkara atau keadaan yang memberi tekanan tersebut, ubahlah diri anda.
(a) Bingkaikan permasalahan – Cubalah untuk melihat tekanan itu dari sudut perspektif yang positif. Seperti ketika anda terperangkap dalam kesesakan lalulintas, jadikanlah ianya satu peluang untuk anda bersendirian seketika, mendengar lagu kegemaran dan nikmati indahnya masa bersendiri.
(b) Perbaiki tahap anda – Kesempurnaan adalah perkara utama untuk mengelakkan tekanan. Janganlah terlalu mengharapkan kesempurnaan sehingga menyebabkan tekanan dan seterusnya berakhir dengan kegagalan. Anggarlah tahap kemampuan anda yang sesuai untuk anda dan orang lain.
Sesungguhnya Allah tidak mendatangkan masalah tanpa jalan penyelesaiannya. Wallahua’lam.

Sumber : www.fitrahpower.com
salam sejahtera...

Cikgu ingin memohon maaf kerana telah lama tak 'update' blog ubk...  Aktiviti terbaru adalah hari kerjaya yang telah dijalankan pada hari jumaat lepas.  Terdapat 7 buah kolej swasta yang telah mengambil bahagian, antaranya ialah :

UCTI, NILAI UC, AMU (MASTERSKILLS), INTI , THE ONE ACADEMY, JM EDUCATION, DAN UNIRAZAK.

Manakala 4 agensi kerajaan yang turut terlibat adalah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jobs Malaysia, Kolej Komuniti Kuala Langat dan Kolej Matrikulasi Selangor.

Untuk maklumat lanjut sila layari :
www.jobsmalaysia.gov.my (JobsMalaysia)
www.kkkla.edu.my (Kolej Komuniti Kuala Langat)
www.moe.gov.my/bmkpm (Program Matrikulasi KPM)
www.dsd.gov.my (Jabatan Pembangunan Kemahiran)

Kepada para pelajar yang tidak berkesempatan mengunjungi pameran hari kerjaya yang lalu, anda dijemput untuk datang ke Bilik Bimbingan & Kaunseling untuk mendapatkan risalah-risalah yang berkaitan.