Wednesday 27 June 2012

Salam sejahtera,

 Di sini cikgu berikan pula blog untuk subjek perdagangan spm... cuba layari dan lihat apa yang boleh anda boleh manfaatkan dari blog tersebut...

SELAMAT MENCUBA.... Semoga mendapat keputusan perdagangan yang cemerlang...........

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com/p/teknik-belajar.html
Salam hormat,
Kepada murid-murid semua, cikgu pasti ramai yang bermasalah untuk 'score' dalam subjek sejarah.  Terlalu banyak fakta yang perlu diingat seperti nama, tempat, tahun, peristiwa dan sebagainya.  Jom kita layari blog di bawah ini dan cuba guna segala info yang ada.....

SELAMAT MENCUBA... SEMOGA ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SEJARAH SPM 2012!

http://cikgusejarah.blogspot.com/2010/10/teknik-mengingat-fakta-sejarah.html
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang.
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA TERPENTIGN DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH

Lain-lain masa yang perlu diurus.

  1. Masa ditelipon-pendekan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio(kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan ini dengan betul dan disiplin,pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.


Sumber : http://www.sabah.net.my/juipri/belajar.htm
Salam sejahtera....
Tarikh Penting Kemasukan ke IPTA, TEVT (Politeknik) & ILKA Sesi Akademik 2012/2013
  • Lepasan SPM/Setaraf (Fasa 2)
  • Lepasan STPM
  • Lepasan STAM
  • Lepasan Diploma/Setaraf
  • Lepasan Matrikulasi/Asasi (Fasa 1)
http://upu.mohe.gov.my/portal/epanduan/TARIKH-TARIKH_PENTING_1213.pdf

Thursday 21 June 2012

Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan pada 6 Julai 2012.  Diharap pelajar dapat menilai semula keputusan peperiksaan yang diterima.Tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang dan kepada yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, diharap agar tidak berputus asa dan berusaha lagi hingga mendapat keputusan cemerlang.... Jadi, war-warkan kepada ibubapa/penjaga anda untuk dapat pada hari tersebut ....

HALU TUJU SELEPAS SPM

Kepada pelajar yang telah ditemuduga untuk menjadi ahli Pembimbing Rakan Sebaya, keputusan pemilihan PRS akan dikeluarkan pada hari Isnin ini.  (Akan ditampal di luar bilik kaunseling).

Unit Bimbingan & Kaunseling akan mengadakan HARI KERJAYA pada tarikh 13 Julai 2012 nanti.  Diharap semua ahli PRS bersedia untuk bersama-sama menyumbang idea dan tenaga bagi menjayakan program ini. 

Wednesday 20 June 2012

Kepada semua ahli PRS, cikgu akan masukkan modul PRS untuk anda isikan dalam BUKU LOG PRS anda. Diharap semua ahli akan sentiasa 'update' blog ini ....

Kepada ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya :
a. Sila hantar Buku Skrap anda selewatnya pada 5 Julai 2012 (Khamis). Anda mempunyai tempoh masa selama 2 minggu untuk menyiapkkan.  Markah penilaian akan diberikan hujung tahun nanti untuk penilaian markah kokurikulum nanti.

Kepada ahli PRS :
- Sila pastikan anda telah melengkapkan buku log anda. Sila masukkan aktiviti yang telah dijalankan semalam. Sila HANTAR BUKU LOG ANDA PADA 5 JULAI 2012 (KHAMIS) untuk disemak.

Terima kasih atas kerjasama anda.
Semalam telah diadakan sesi penggambaran untuk majalah sekolah di mana semua guru dan pelajar terlibat. Ahli PRS dan Kelab Bimbingan & Kerjaya turut serta dalam sesi tersebut.

Semalam juga telah dijalankan modul PRS tahap bongsu untuk semua ahli kelab.... Tahniah kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dirancang.... Semoga pasukan PRS sekolah cyberjaya akan terus mantap dan cemerlang.....

TUNGGU ANDA DI PUNCAK JAYA!

Salam Perkenalan

 Kami mengalu-alukan anda untuk bersama-sama mengunjungi blog ini untuk mendapatkan sebarang info berguna yang anda inginkan. Anda juga boleh mendapatkan pendapat atau cadangan bernas yang boleh dikaitkan dengan unit kaunseling bagi menambahbaikkan mutu perkhidmatan.